Judul : 'Mungkin besar kos kerja Azwan Ali', teka Shuhaimi Shafie
link : 'Mungkin besar kos kerja Azwan Ali', teka Shuhaimi Shafie
'Mungkin besar kos kerja Azwan Ali', teka Shuhaimi Shafie
ANTARAPOSPETALING JAYA: Dakwaan 'rasuah' membabitkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali yang dibuat oleh adiknya sendiri, Azwan Ali adalah 'mengarut'.
Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata dakwaan Azwan itu seolah-olah dirancang dan beliau tidak menolak 'besar kos tugasan' itu.
“Saya tidak pasti bukti apakah yang diserahkan namun semua ini seperti dirancang dengan ada pihak yang menulis skrip dan tentu saja ada pihak jadi pengarahnya. Barangkali kos ‘job’ ini juga besar,” katanya dipetik portal FMT.
Azwan pagi tadi tampil ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyerahkan apa yang beliau dakwa sebagai bukti pemimpin tertentu yang hidup 'mewah melampau'.
Selepas sejam memberikan keterangan, Azwan keluar menemui pemberita namun enggan memberitahu siapakah pemimpin yang beliau maksudkan.
Mengulas lanjut, Shuhaimi berkata sumber dakwaan itu boleh dipertikai.
“Saya mohon agar proses siasatan SPRM dapat dijalankan secara profesional, telus dan bertanggungjawab.
“Kita mengalu-alukan siasatan yang mengikut lunas undang-undang tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak tertentu yang berkepentingan,” katanya.
Appear first on Harian Melayu
Demikianlah Artikel 'Mungkin besar kos kerja Azwan Ali', teka Shuhaimi Shafie
Sekianlah artikel 'Mungkin besar kos kerja Azwan Ali', teka Shuhaimi Shafie kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel 'Mungkin besar kos kerja Azwan Ali', teka Shuhaimi Shafie dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/12/mungkin-besar-kos-kerja-azwan-ali-teka.html