Judul : Najib tidak tahu IMAMS akan dilaksanakan? tanya Mahfuz
link : Najib tidak tahu IMAMS akan dilaksanakan? tanya Mahfuz
Najib tidak tahu IMAMS akan dilaksanakan? tanya Mahfuz
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Haji Mahfuz Omar mempersoalkan apakah muslihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengatakan yang dia tidak bersetuju dengan perlaksanaan Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) yang dibatalkan kerajaan semalam.
“Kenapa setelah perkara ini menjadi kecoh baru kata tak setuju. Kenapa dari awal PM Najib tak kata tak setuju. Ini menunjukkan PM Najib dan kabinet tidak peka terhadap masaalah rakyat.
“Ini menunjukkan PM Najib Razak bimbang dan takut isu perlaksanaan IMAMS boleh menambahkan kemarahan rakyat pada kerajaan dan menjerat Umno-BN.
“Oleh sebab itu PM Najib Razak cuba tampil sebagai ‘hero’ kononnya beliau tidak bersetuju dengan perlaksanaan IMAMS yang mana beliau sendiri setuju daripada awal.
“Amat pelik apabila PM Najib Razak boleh kata dia tak setuju sedangkan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan telah tentukan tarikh perlaksanaan bermula 15 Dis 2017.
“Bukankah sebarang perlaksanaan termasuk IMAMS ini perlu terlebih dahulu mendapat persetujuan Kabinet yang dipengerusikan oleh PM Najib Razak dan mana mungkin Najib Razak sebagai Perdana Menteri tidak tahu menahu kecuali kalau Najib Razak seorang penjual cendol memang rakyat percaya beliau tidak tahu menahu,” kata beliau dalam kenyataan medianya semalam.
Kata beliau, rakyat tidak bodoh jika PM Najib Razak cuba letakan dalam kepala rakyat bahawa ‘yang ‘jahat’ melaksanakan Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) itu adalah Menteri Pelancongan Datuk Nazri Aziz dan pegawai tinggi di Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.
“Inilah politik selamat diri Najib Razak dan saya simpati dengan keadaan yang terpaksa ditanggung oleh Nazri Aziz sebagai Menteri Pelancongan dan Kebudayaan serta pegawai tinggi kementerian yang di kambinghitamkan oleh MO1 PM Najib Razak,” kata beliau.
Appear first on Harian Melayu
Demikianlah Artikel Najib tidak tahu IMAMS akan dilaksanakan? tanya Mahfuz
Sekianlah artikel Najib tidak tahu IMAMS akan dilaksanakan? tanya Mahfuz kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Najib tidak tahu IMAMS akan dilaksanakan? tanya Mahfuz dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2017/12/najib-tidak-tahu-imams-akan.html