Amanah Johor boikot Konvensyen PH, hanya dapat dua kerusi di Johor

Amanah Johor boikot Konvensyen PH, hanya dapat dua kerusi di Johor - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Amanah Johor boikot Konvensyen PH, hanya dapat dua kerusi di Johor, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Amanah Johor boikot Konvensyen PH, hanya dapat dua kerusi di Johor
link : Amanah Johor boikot Konvensyen PH, hanya dapat dua kerusi di Johor

Baca juga


Amanah Johor boikot Konvensyen PH, hanya dapat dua kerusi di Johor

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Amanah Johor memboikot Konvensyen Pakatan Harapan (PH) yang berlangsung hari ini berikutan tidak berpuas hati dengan pembahagian kerusi Parlimen Johor sesama parti-parti komponen gabungan pembangkang itu.
 
Pekrara itu disahkankan Pengerusi Amanah Johor, Amiroulhuda Hassan dengan berkata tindakan itu diambil kerana partinya hanya diberi dua kerusi Parlimen sahaja untuk bertanding di dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
 
"Kita minta lima kerusi Parlimen tapi dapat dua kerusi, Parit Sulong dan Pulai saja.
 
"Kita ingat tak payah datang. Semua pemimpin Amanah Johor tak datang," katanya memetik laporan sebuah portal.
 
Dilaporkan PH telah memuktamadkan soal pembahagian kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia di antara empat parti menerusi mesyuarat yang berakhir kira-kira 8.30 malam tadi.
 
Ketidakpuasan hati itu timbul selepas Amanah hanya mendapat dua kerusi Parlimen di Johor, manakala PPBM bertanding 10 kerusi, PKR dan DAP masing-masing sebanyak 8 dan 6 kerusi.
 
"Kita nak setimpal seperti apa yang komponen lain terima. Kita sama-sama bangunkan PH di Johor ini dan hubungan ini bermula telah lama dulu sejak Pakatan Rakyat lagi.
 
"Kita juga berkorban dengan meninggalkan PAS dan menubuhkan Amanah demi bersama PH. Jadi sekurang-kurangnya kita mahukan angka yang setimpal dan seimbang dengan rakan komponen lain.
 
"Kita bukan minta banyak kerusi, cuma lima. Tapi akhirnya dapat dua saja. Itu yang kita tak puas hati," kata sumber sebuah portal yang merupakan seorang pemimpin Amanah.
 
Dikatakan dalam mesyuarat malam tadi juga, PH sudah memuktamadkan calon perdana menteri dan timbalannya, iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dimana ia akan diumumkan di dalam konvensyen PH hari ini.
 
 


Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel Amanah Johor boikot Konvensyen PH, hanya dapat dua kerusi di Johor

Sekianlah artikel Amanah Johor boikot Konvensyen PH, hanya dapat dua kerusi di Johor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Amanah Johor boikot Konvensyen PH, hanya dapat dua kerusi di Johor dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2018/01/amanah-johor-boikot-konvensyen-ph-hanya.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :