DAP ubah fikiran, beri kerusi Ayer Hitam pada Amanah Johor

DAP ubah fikiran, beri kerusi Ayer Hitam pada Amanah Johor - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul DAP ubah fikiran, beri kerusi Ayer Hitam pada Amanah Johor, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : DAP ubah fikiran, beri kerusi Ayer Hitam pada Amanah Johor
link : DAP ubah fikiran, beri kerusi Ayer Hitam pada Amanah Johor

Baca juga


DAP ubah fikiran, beri kerusi Ayer Hitam pada Amanah Johor

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
PONTIAN: DAP hari ini mengumumkan kerusi Parlimen Ayer Hitam yang pada awalnya diberikan kepada PPBM, kini diserahkan kepada Amanah untuk ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
 
Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong berkata tindakan ini merupakan satu percaturan taktikal dari Pakatan Harapan (PH) untuk mengukuhkan peluangnya merampas kerusi tersebut dari Barisan Nasional (BN). 
 
“Di Ayer Hitam, yang diperuntukkan untuk DAP, kita akan letakkan calon dari Amanah. Keputusan ini mengukuhkan kedudukan kita di Ayer Hitam dengan mengembleng tenaga dari kesemua komponen di bawah bendera PH. 
 
“Ini satu keputusan taktikal yang akan menguatkan cabaran yang kita berikan kepada BN di sana,” kata Liew dalam satu sidang media di Pekan Nanas, Pontian hari ini. 
 
Ahli Parlimen Kluang itu berkata perkara ini telah dijelaskan kepada ahli parti yang menerima keputusan ini dengan hati terbuka. 
 
“Mereka menerima keputusan ini dan melihat kepada gambaran yang lebih besar dan faham ini keputusan taktikal,” katanya lagi. 
 
Selain Ayer Hitam, DAP juga mengorbankan peluang untuk bertanding di dua kerusi Parlimen Tanjung Piai dan Alor Gajah.
 
Liew bagaimanpun tidak menyebut adakah keputusan ini dibuat bagi meredakan bantahan Amanah Johor yang sebelum ini menyatakan rasa kecewanya apabila partinya memperoleh bilangan kerusi paling sedikit berbanding parti komponen lain dalam PH.
 
Amanah Johor juga bertindak memulaukan Konvensyen PH kali ke-2 yang berlangsung di IDCC, Shah Alam, 7 Januari lalu. 
 
“Ini rancangan di saat akhir kerana sekarang Ayer Hitam juga dianggap kerusi panas.  Sebelum ini dua kawasan ini (Tanjung Piai dan Ayer Hitam) dianggap kawasan putih BN. 
 
"Tapi lepas Konvensyen PH minggu lepas, BN boleh kalah di dua kawasan ini," ujar Leiw.
 
Chin Tong bagaimanapun berkata bukan mudah untuk PH menang di dua kawasan tersebut namun kesepakatan ditunjukkan komponen PH menjelmakan harapan bagi mereka merampas dua kerusi tersebut dari BN. 
 
“Di Ayer Hitam misalnya, kita akan menentang dengan orang nombor dua (Timbalan Presiden) MCA (Wee Ka Siong), yang juga nombor satu dalam Johor (Pengerusi MCA negeri). 
 
“Ini dua kawasan kuat BN. Kalau mereka nak kalah, dua kerusi ini merupakan yang terakhir mereka akan kalah namun kini dua kerusi ini bukan lagi kawasan putih BN tapi sudah kelabu,” katanya lagi. 
 
Dalam PRU13, Wee mempertahankan kerusi Ayer Hitam dengan majoriti 7,310 undi manakala seorang lagi pemimpin MCA, Wee Jack Seng turut mempertahankan kerusi Tanjung Piai dengan majoriti 5,457 undi





Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel DAP ubah fikiran, beri kerusi Ayer Hitam pada Amanah Johor

Sekianlah artikel DAP ubah fikiran, beri kerusi Ayer Hitam pada Amanah Johor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel DAP ubah fikiran, beri kerusi Ayer Hitam pada Amanah Johor dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2018/01/dap-ubah-fikiran-beri-kerusi-ayer-hitam.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :