Judul : ‘Datuk’ antara 36 ahli ‘Geng 04’ ditahan polis
link : ‘Datuk’ antara 36 ahli ‘Geng 04’ ditahan polis
‘Datuk’ antara 36 ahli ‘Geng 04’ ditahan polis
Antara suspek “Geng 04” yang ditahan sekitar Perak, Selangor, Melaka dan Johor. (Gambar Bernama) |
IPOH: Polis menumpaskan “Geng 04” dengan tertangkapnya 36 ahli kumpulan kongsi gelap terbabit dalam Op Cantas Silver yang dijalankan di seluruh negara sejak 27 Januari lalu.
Ketua Polis Perak Datuk Hasnan Hassan berkata semua anggota kumpulan itu termasuk seorang yang bergelar “Datuk” berumur lingkungan 20 hingga 60 tahun ditahan di beberapa negeri.
Beliau berkata 26 suspek ditahan di sekitar Perak, Selangor, Melaka dan Johor manakala 10 lagi ditahan ketika berada dalam tahanan di penjara antaranya di Pokok Sena, Kedah; Taiping dan Batu Gajah di Perak serta Sungai Udang, Melaka.
Katanya operasi itu dijalankan berikutan beberapa siri kejadian keganasan antaranya kes pembunuhan seorang wanita bergelar “Datin Seri” di depan sebuah restoran di Brickfields, Kuala Lumpur pada 6 Julai 2016, serta kes bunuh membabitkan seorang lelaki di Hutan Melintang, Bagan Datuk pada November 2016.
“Kumpulan kongsi gelap yang aktif sejak sekian lama itu terlibat dalam kegiatan jenayah terancang dan serius membabitkan beberapa siri kejadian keganasan seperti samun, pemerasan, khianat dengan api dan pengedaran dadah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak semalam.
Hasnan berkata Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman turut membeku dan menyita harta milik ahli kumpulan bernilai RM4.5 juta membabitkan kenderaan, hartanah, barang kemas, barangan berharga, akaun bank dan wang tunai.
“Polis sedang mengesan kira-kira 10 ahli kumpulan itu yang masih bebas dan bantuan Interpol akan dipohon untuk mengesan jika terdapat suspek yang melarikan diri ke luar negara,” katanya.
Menurut Hasnan, semua suspek ditahan reman selama 28 hari sejak 27 Jan lalu mengikut Sekyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).
Kes itu juga disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktivit Haram (AMLATFPUAA) 2001, katanya.
Hasnan berkata semua 36 ahli kumpulan itu akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini dan dituduh mengikut Seksyen 130 V Kanun Keseksaan dan Seksyen 130 W Kanun Keseksaan kerana menjadi ahli dan membantu kumpulan jenayah terancang. - FMT
Appear first on Harian Melayu
Demikianlah Artikel ‘Datuk’ antara 36 ahli ‘Geng 04’ ditahan polis
Sekianlah artikel ‘Datuk’ antara 36 ahli ‘Geng 04’ ditahan polis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel ‘Datuk’ antara 36 ahli ‘Geng 04’ ditahan polis dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2018/02/datuk-antara-36-ahli-geng-04-ditahan.html