Judul : UMNO HENTAM MCA dakwa Petaling Street Tiada Pengunjung Kerana GST {‘Jual barangan tiruan juga bayar GST?’}
link : UMNO HENTAM MCA dakwa Petaling Street Tiada Pengunjung Kerana GST {‘Jual barangan tiruan juga bayar GST?’}
UMNO HENTAM MCA dakwa Petaling Street Tiada Pengunjung Kerana GST {‘Jual barangan tiruan juga bayar GST?’}
Ketua Umno Bahagian Bukit Bintang, Datuk Zainal Rafique menolak dakwaan bahawa Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) adalah punca yang menyebabkan perniagaan di Jalan Petaling di Kuala Lumpur terjejas.
Bercakap kepada Umno Online, beliau juga menyoal sama ada peniaga di Jalan Petaling membayar GST.
Menurut Zainal (foto, bawah), perniagaan di kawasan itu terjejas bukan kerana GST, tetapi disebabkan terlalu ramai warga asing yang berniaga di kawasan tersebut yang menyebabkan pelanggan beralih ke kawasan penjaja yang lain.
“Hakikat sebenarnya Petaling Street tidak lagi dikunjungi oleh pelanggan kerana terlalu ramai warga asing yang berniaga di kawasan tersebut.“Sudahlah mereka itu warga asing, ada sebahagian daripada mereka pula bersikap kurang ajar terhadap pelanggan-pelanggan,” katanya.
Zainal mengulas kenyataan Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Kuala Lumpur, Datuk Ang Say Tee (foto, bawah) yang mendakwa perniagaan mereka terjejas akibat pelaksanaan GST sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Pemimpin Umno itu berkata, Ang seharusnya akibat lambakan warga asing yang dibenarkan meniaga di kawasan itu adalah punca Jalan Petaling kehilangan imej Malaysia yang menyebabkan rakyat tidak mahu lagi ke kawasan berkenaan.
Menolak hujah pemimpin akar umbi MCA itu yang menyalahkan GST itu sebagai amat dangkal, katanya kebanyakan peniaga menjual barangan tiruan yang sudah pasti terlepas daripada cukai GST.
Oleh itu, Zainal meminta Ang, sebagai pengerusi persatuan penjaja dan peniaga kecil, supaya berusaha untuk memulihkan imej Jalan Petaling.“Jangan kerana nak senang kerja, penjaja di situ menyewakan kedai-kedai mereka kepada pendatang asing.
“Mereka juga lebih suka mengambil pekerja asing daripada rakyat Malaysia sendiri bekerja di situ sehingga menyebabkan Petaling Street berubah wajah kepada pasar malam warga asing”, katanya. - MK
Appear first on Harian Melayu
Demikianlah Artikel UMNO HENTAM MCA dakwa Petaling Street Tiada Pengunjung Kerana GST {‘Jual barangan tiruan juga bayar GST?’}
Sekianlah artikel UMNO HENTAM MCA dakwa Petaling Street Tiada Pengunjung Kerana GST {‘Jual barangan tiruan juga bayar GST?’} kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel UMNO HENTAM MCA dakwa Petaling Street Tiada Pengunjung Kerana GST {‘Jual barangan tiruan juga bayar GST?’} dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2018/02/umno-hentam-mca-dakwa-petaling-street.html