Judul : '60 Tahun' Orang Asli Di Cameron Highlands Terabai, BN Patut Dah ‘Pencen’ !
link : '60 Tahun' Orang Asli Di Cameron Highlands Terabai, BN Patut Dah ‘Pencen’ !
'60 Tahun' Orang Asli Di Cameron Highlands Terabai, BN Patut Dah ‘Pencen’ !
Terletak dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelai yang diwakili UMNO – Barisan Nasional (BN), masyarakat Orang Asli dari suku Semai di sini dipinggirkan dari menikmati keperluan asas yang baik.
Ketiadaan sistem bekalan air bersih, kekurangan bekalan elektrik, tiada jalan perhubungan yang baik dan pengabaian khidmat kesihatan telah menyebabkan masyarakat di sini umpama terasing di bumi sendiri walaupun selama ini menjadi penyokong UMNO-BN.
Penderitaan mereka tidak dibiarkan dan mendapat perhatian DAP Cameron Highlands yang diketuai M. Manogaran.
“Mesej saya kepada UMNO, berundurlah, kalau 60 tahun memerintah pun masih tak mampu bawa kemajuan, tak perlulah lagi… bagi tanggungjawab ini kepada DAP, kepada Pakatan Harapan (HARAPAN) untuk buat kerja dan berkhidmat.
“Lihat apa yang berlaku di sini, jalan masuk pun susah. Kereta biasa memang tak lepas, kena gunakan pacuan empat roda dan perlukan masa dua jam untuk sampai dari jalan utama,” katanya kepada Roketkini.
Pada 9 hingga 11 Mac lalu, Manogaran bersama sukarelawan Impian Malaysia dan hampir 20 doktor termasuk pakar dari persatuan Federation of Private Medical Practitioners’ Associations of Malaysia (FPMPAM) telah menganjurkan Kem Kesihatan di perkampungan tersebut.
Mano berkata, Kem Kesihatan itu mendapat sambutan yang menggalakkan dengan penyertaan kira-kira 250 penduduk dari kedua-dua penempatan mendapatkan rawatan percuma.
Pengabaian UMNO-BN terhadap kepentingan masyarakat Orang Asli di sini ujarnya amat jelas dan memalukan.
“Kita lihat semua aspek diabaikan. Dari aspek kebajikan, kemudahan jalan, air, elektrik dan kesihatan; memang tidak wajar berlaku dan amat menyedihkan,” kata beliau.
Disebabkan keadaan jalan yang berbahaya dan teruk, ibu bapa katanya terpaksa menghantar anak-anak mereka ke sekolah berasrama.
“Ada sekolah tapi nak ke sana kena gunakan kernderaan pacuan empat roda. Ikutkan mereka tak minat anak-anak masuk situ (asrama),” kata beliau.
Di tanya mengenai kecenderungan politik masyarakat di sana, beliau berkata selama ini masyarakat Orang Asli emmberi sokongan kepada UMNO-BN.
“Tiap kali pilihan raya, mereka akan undi BN. Tapi sekarang, mereka nampaknya terbuka dan sebahagiannya berpihak kepada kita (Pakatan Harapan).
“Kita sudah berjaya break the ice. Masyarakat Orang Asli sedang bangkit berjuang demik hak dan kepentingan komuniti mereka,” katanya lagi. #sumber
Appear first on Harian Melayu
Demikianlah Artikel '60 Tahun' Orang Asli Di Cameron Highlands Terabai, BN Patut Dah ‘Pencen’ !
Sekianlah artikel '60 Tahun' Orang Asli Di Cameron Highlands Terabai, BN Patut Dah ‘Pencen’ ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel '60 Tahun' Orang Asli Di Cameron Highlands Terabai, BN Patut Dah ‘Pencen’ ! dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2018/03/60-tahun-orang-asli-di-cameron.html