[DIPERSILAKAN BERAMBUS] Baguslah ‘duri’ masuk PAS, kata PPBM Kelantan

[DIPERSILAKAN BERAMBUS] Baguslah ‘duri’ masuk PAS, kata PPBM Kelantan - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [DIPERSILAKAN BERAMBUS] Baguslah ‘duri’ masuk PAS, kata PPBM Kelantan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [DIPERSILAKAN BERAMBUS] Baguslah ‘duri’ masuk PAS, kata PPBM Kelantan
link : [DIPERSILAKAN BERAMBUS] Baguslah ‘duri’ masuk PAS, kata PPBM Kelantan

Baca juga


[DIPERSILAKAN BERAMBUS] Baguslah ‘duri’ masuk PAS, kata PPBM Kelantan

Tindakan beberapa ahli di Kota Bharu keluar parti tidak mengejutkan PPBM Kelantan kerana perkara sudah dijangka, kata pengerusi negeri, Datuk Kamaruddin Mohd Noor.

Beliau bagaimanapun tidak pasti sama ada semua 34 orang yang keluar untuk menyertai PAS itu adalah bekas ahli PPBM kerana pihaknya hanya mengenali 2 orang sahaja, iaitu bekas naib ketua bahagian dan bekas ketua wanita bahagian.

“Mereka sebelum ini ahli Umno di Kota Bharu, jadi apabila mereka masuk PPBM sebelum ini kita bagi jawatan, tapi agaknya mengharapkan sesuatu bersesuaian dengan jawatan yang dipegang tapi tak dapat jadi sebab itu mereka keluar.

“Baguslah mereka masuk PAS itu,” katanya.

Kamaruddin tidak menolak kemungkinan akan ada lagi berita-berita seperti ini menyusul seperti yang berlaku sebelum ini.

“Hati orang mana kita tahu tapi mereka ambil tindakan keluar bagus jugalah. Sekurangnya 1-2 duri dalam daging sudah tiada.”

Sebelum ini dilaporkan 34 ahli PPBM Kota Bharu termasuk naib ketua, ketua wanita dan ketua pemuda serta 12 ketua pusat daerah mengundi keluar parti untuk menyertai PAS. Mereka menyerahkan borang keahlian kepada Yang Dipertua PAS Kota Bharu Datuk Takiyuddin Hassan.

Bekas naib ketua Mohd Nor Hashim Che Min berkata mereka hilang kepercayaan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad dan ketua bahagian, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.

Kamaruddin berkata pemergian mereka tidak menjejaskan PPBM, yang sedang bersiap sedia membantu kempen Pakatan Harapan untuk pilihan raya umum ke-14 yang boleh dipanggil bila-bila masa mulai sekarang.

“PPBM Kota Bharu tidak terbubar pun. Ketua bahagian masih ada, ahli jawatankuasa wanita dan pemuda masih ada,” katanya.


Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel [DIPERSILAKAN BERAMBUS] Baguslah ‘duri’ masuk PAS, kata PPBM Kelantan

Sekianlah artikel [DIPERSILAKAN BERAMBUS] Baguslah ‘duri’ masuk PAS, kata PPBM Kelantan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [DIPERSILAKAN BERAMBUS] Baguslah ‘duri’ masuk PAS, kata PPBM Kelantan dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2018/03/dipersilakan-berambus-baguslah-duri.html

Subscribe to receive free email updates: