Dr Kamarul Lebih Berani Berbanding Perdana Menteri, Najib Razak

Dr Kamarul Lebih Berani Berbanding Perdana Menteri, Najib Razak - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dr Kamarul Lebih Berani Berbanding Perdana Menteri, Najib Razak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dr Kamarul Lebih Berani Berbanding Perdana Menteri, Najib Razak
link : Dr Kamarul Lebih Berani Berbanding Perdana Menteri, Najib Razak

Baca juga


Dr Kamarul Lebih Berani Berbanding Perdana Menteri, Najib Razak


KUALA LUMPUR: “Bagi aku @drkamarulyusoff ni lebih berani dari @NajibRazak .”

Demikian perkongsian di laman Twitter, setelah ribut kutukan membadai ahli akademik pro-PAS yang semalam kelihatan terkesima apabila mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir muncul secara tiba-tiba di sebuah forum yang membincangkan usia tuanya.

Dr Kamarul Yusoff, yang membina nama setelah imannya kaget membaca buku tulisan Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh; ternyata terpaku di kerusi panelis, apabila Tun Mahathir tiba-tiba muncul dari arah belakang Dewan Karangkraf itu.

Kamarul malah kelihatan tertunduk merenung lantai, apabila bergambar bersama Mahathir di sebelahnya. Mahathir pula merenung tajam si Kamarul ini, seolah-olah mahu menelannya.

Forum bertajuk ‘Apakah Tun M terlalu tua untuk menjadi PM’ itu membariskan Kamarul, di samping Cikgu Fitness Malaysia, Kevin Zahri bagi membincangkan usia mental dan fizikal Mahathir yang berkemungkinan besar sekali lagi menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Mahathir muncul ketika Kamarul asyik menghentamnya. Kesudahan forum tersebut menjadi sejarah dan bahan komedi tahap tinggi yang turut dikongsi pengarah dan pelawak terkenal, Afdlin Shauki di laman sosial Facebook.

“Saya pun tak boleh tulis komedi begini. Betul-betul epik!”

Pun begitu, jenaka dan ketawa orang ramai terhadap Kamarul tidak melupakan kita daripada hakikat bahawa beliau ternyata jauh lebih berani jika dibanding dengan Perdana Menteri merangkap suami Datin Seri Rosmah Mansor yang sehingga hari ini masih belum berani berdepan dengan Mahathir.

Semalam, Mahathir menulis ringkas di blog beliau dan mengakui usianya sudah lanjut.

“Ya, usia saya akan mencecah 93 tahun Julai ini. Ya, 93 tahun adalah tua. Najib tak perlu takut saya.

“Tetapi Najib takut. Takut berbahas dengan saya. Dua kali apabila forum Nothing to Hide (Tidak ada apa yang nak disembunyi) diadakan, Najib tidak berani hadir untuk bahas soal sembunyi fakta,” tulisnya di blog Che Det.

“Ya. Saya sedar saya akan pergi tak lama lagi. Tetapi selagi nyawa dikandung badan saya akan perjuangkan bangsa, agama dan negara tercinta ini. Bersama dengan patriot negara saya akan usaha untuk selamatkan negara ini dari seorang kleptokrat perosak negara.

“Kepada Allah swt saya serahkan diri saya.”

23 Julai nanti, genap usia Datuk Seri Najib Razak 64 tahun. Beza usianya hampir 30 tahun dengan Tun Mahathir. Pun begitu, kita masih menanti saat dan ketikanya Najib Razak akan muncul sepentas bersama gurunya itu, berbahas tentang dasar-dasar negara, dan pastinya menjawab soalan-soalan Mahathir tentang skandal 1MDB.

Takkanlah untuk jawab persoalan itu pun Najib perlu menggunakan proksi Arul Kanda? Kan? Jawablah sendiri. Debatlah sesama calon Perdana Menteri. Berani?. #sumber


Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel Dr Kamarul Lebih Berani Berbanding Perdana Menteri, Najib Razak

Sekianlah artikel Dr Kamarul Lebih Berani Berbanding Perdana Menteri, Najib Razak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dr Kamarul Lebih Berani Berbanding Perdana Menteri, Najib Razak dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2018/03/dr-kamarul-lebih-berani-berbanding.html

Subscribe to receive free email updates: