Judul : "EIMARace 2016": Kematian Dua Beranak Kejadian Tidak Dapat Di Elakkan
link : "EIMARace 2016": Kematian Dua Beranak Kejadian Tidak Dapat Di Elakkan
"EIMARace 2016": Kematian Dua Beranak Kejadian Tidak Dapat Di Elakkan
Koroner Dazuki Ali berkata penganjur perlumbaan iaitu Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah merancang perlumbaan dengan baik walaupun terdapat perubahan lokasi dan arah laluan perlumbaan di litar baharu di Jalan Sukpa, Indera Mahkota di sini.
"Pihak yang terlibat telah mematuhi standard dan piawaian yang ditetapkan dalam penganjuran perlumbaan serta mengambil langkah sewajarnya dalam aspek keselamatan termasuk keselamatan pelumba."
"Ini boleh dilihat daripada pemeriksaan yang diadakan dari semasa ke semasa dan apabila berlaku kekurangan, langkah untuk meningkatkan keselamatan diambil," katanya semasa membaca penghakiman ringkasnya.
Dazuki juga memutuskan kematian Izwan Isa, 39, pada 12.20 tengah hari, 25 Sept 2016 dan anak bongsunya Nur Zulaikha, 5, pada 2.20 petang hari sama di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini adalah akibat kemalangan jalan raya.
Sebelum ini, prosiding inkues diberitahu kemalangan itu juga menyebabkan isteri mangsa, Siti Suhaiza Seman, 38, dan anak sulung mereka Muhammad Iz Danial, 7, cedera. #sumber
Appear first on Harian Melayu
Demikianlah Artikel "EIMARace 2016": Kematian Dua Beranak Kejadian Tidak Dapat Di Elakkan
Sekianlah artikel "EIMARace 2016": Kematian Dua Beranak Kejadian Tidak Dapat Di Elakkan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel "EIMARace 2016": Kematian Dua Beranak Kejadian Tidak Dapat Di Elakkan dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2018/03/eimarace-2016-kematian-dua-beranak.html