Hadi: Sekat Peruntukan, Mengadu Kepada "Sultan Selangor" Selaras Demokrasi

Hadi: Sekat Peruntukan, Mengadu Kepada "Sultan Selangor" Selaras Demokrasi - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hadi: Sekat Peruntukan, Mengadu Kepada "Sultan Selangor" Selaras Demokrasi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hadi: Sekat Peruntukan, Mengadu Kepada "Sultan Selangor" Selaras Demokrasi
link : Hadi: Sekat Peruntukan, Mengadu Kepada "Sultan Selangor" Selaras Demokrasi

Baca juga


Hadi: Sekat Peruntukan, Mengadu Kepada "Sultan Selangor" Selaras Demokrasi


CYBERJAYA: Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan tindakan PAS menghantar surat kepada Sultan Selangor berikutan keputusan kerajaan negeri menyekat peruntukan tahunan 13 Adun PAS sejak 2 bulan lepas.

Hadi berkata apa yang dilakukan adalah selaras dengan prinsip demokrasi.

“Kita menggunakan saluran betul, dalam proses demokrasi negara kita, kerajaan dipilih rakyat melalui pilihan raya.

“Exco kerajaan negeri dan menteri besar, dan Sultan adalah sebahagian daripadanya, maknanya kita boleh menghubungkan perkara tertentu dengan baginda. Tidak menjadi salah mengikut amanah demokrasi,” katanya ketika pelancaran manifesto Gagasan Sejahtera di sini malam tadi.

Hadi mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali yang menuduh PAS cuba mengheret istana Selangor ke dalam isu pembekuan peruntukan kepada Adun PAS di negeri itu.

Isnin lepas, Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehen Mukhyi menulis surat kepada Sultan Selangor mengenai isu sekatan peruntukan itu.

Sementara itu, Hadi berkata, PAS tidak menolak kemungkinan kerjasama dengan mana-mana parti untuk membentuk kerajaan selepas pilihan raya akan datang.

Katanya, perkara tersebut boleh direalisasikan jika konsep dan manifesto yang dibawa PAS dapat diterima oleh parti yang mahu bekerjasama dengannya.

“Parti yang mahu bekerjasama dengan PAS mesti menerima konsep yang kita kemukakan dalam manifesto,” katanya. #sumber


Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel Hadi: Sekat Peruntukan, Mengadu Kepada "Sultan Selangor" Selaras Demokrasi

Sekianlah artikel Hadi: Sekat Peruntukan, Mengadu Kepada "Sultan Selangor" Selaras Demokrasi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Hadi: Sekat Peruntukan, Mengadu Kepada "Sultan Selangor" Selaras Demokrasi dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2018/03/hadi-sekat-peruntukan-mengadu-kepada.html

Subscribe to receive free email updates: