Najib Umumkan "Dana Khas" ASB Sebanyak RM1.5b Kepada Warga PDRM

Najib Umumkan "Dana Khas" ASB Sebanyak RM1.5b Kepada Warga PDRM - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Najib Umumkan "Dana Khas" ASB Sebanyak RM1.5b Kepada Warga PDRM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Najib Umumkan "Dana Khas" ASB Sebanyak RM1.5b Kepada Warga PDRM
link : Najib Umumkan "Dana Khas" ASB Sebanyak RM1.5b Kepada Warga PDRM

Baca juga


Najib Umumkan "Dana Khas" ASB Sebanyak RM1.5b Kepada Warga PDRM


KUALA LUMPUR: Kerajaan menerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) memperuntukkan dana khas Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak RM1.5 bilion menerusi Skim Pelaburan ASB i-KOP kepada warga Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata skim khas itu dijangka memberi manfaat kepada seluruh warga PDRM yang menjadi anggota  Koperasi PDRM, bakal pesara yang berusia 55 tahun serta pesara polis untuk jaminan masa hadapan mereka.

Pengumuman itu dibuat Najib ketika berucap pada Majlis Perbarisan Peringatan Hari Polis ke-211 di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol) di sini, hari ini yang turut dihadiri isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri  Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Dalam ucapannya, Najib turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM15 juta untuk kerja-kerja pembaikan di seluruh kuarters Pulapol, Kuala Lumpur.

“Gunalah peruntukan ini sama ada untuk memperbaiki lif atau apa jua kerosakan di kawasan ini,” katanya.

Selain itu, Perdana Menteri berkata kerajaan turut meluluskan sebanyak 10,000 unit rumah menerusi Skim Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia Polis Diraja Malaysia (PPA1M-PDRM) yang diumumkan pada Bajet 2018 untuk membantu anggota PDRM yang belum memiliki rumah sendiri.

“ (Setakat ini) sebanyak 840 unit sudah diluluskan untuk pembinaan menerusi usaha sama koperasi polis dan syarikat swasta.  Ini akan disusuli 405 unit yang juga dibina untuk anggota PDRM di Putrajaya,” katanya.

Beliau berkata harga rumah yang ditawarkan adalah jauh lebih rendah daripada harga pasaran iaitu antara RM120,000 hingga RM300,000 untuk setiap unit dengan keluasan 850 kaki persegi hingga 1,200 kaki persegi.

“Inilah beberapa pengumuman sebagai buah tangan kepada PDRM sebab saya tidak ingin tuan-tuan pulang dengan tangan kosong,” katanya.

Dalam pada itu Najib turut melahirkan penghargaan kepada  Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun serta seluruh warga PDRM yang sentiasa mempamerkan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dan negara. #sumber


Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel Najib Umumkan "Dana Khas" ASB Sebanyak RM1.5b Kepada Warga PDRM

Sekianlah artikel Najib Umumkan "Dana Khas" ASB Sebanyak RM1.5b Kepada Warga PDRM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Najib Umumkan "Dana Khas" ASB Sebanyak RM1.5b Kepada Warga PDRM dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2018/03/najib-umumkan-dana-khas-asb-sebanyak.html

Subscribe to receive free email updates: