Nik Fauzi: "ANIH Berhad" Melabur RM3.2 Juta Tangani Isu Air Di R&R Gambang

Nik Fauzi: "ANIH Berhad" Melabur RM3.2 Juta Tangani Isu Air Di R&R Gambang - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Nik Fauzi: "ANIH Berhad" Melabur RM3.2 Juta Tangani Isu Air Di R&R Gambang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Nik Fauzi: "ANIH Berhad" Melabur RM3.2 Juta Tangani Isu Air Di R&R Gambang
link : Nik Fauzi: "ANIH Berhad" Melabur RM3.2 Juta Tangani Isu Air Di R&R Gambang

Baca juga


Nik Fauzi: "ANIH Berhad" Melabur RM3.2 Juta Tangani Isu Air Di R&R Gambang


KUANTAN: Rungutan pengguna tentang masalah bekalan air di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gambang terutama setiap kali musim cuti sekolah serta perayaan akan dapat diatasi sepenuhnya apabila Projek Bekalan Air ke R&R Gambang siap sepenuhnya menjelang Mei ini.

Projek yang menelan belanja RM3.2 juta itu melibatkan pembinaan sebuah tangki bekalan air berkapasiti 42,000 gelen itu dijangka siap tiga bulan lebih awal berbanding jangkaan pada Ogos sebelum ini.

Pengarah Eksekutif ANIH Berhad Datuk Nik Fauzi Nik Hussein berkata projek itu merupakan antara inisiatif yang dilaksanakan oleh pengendali Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) itu dalam memastikan keselesaan kepada pengguna lebuh raya berkenaan.

"Projek yang bermula Oktober tahun lepas itu melibatkan pembinaan paip sepanjang 11.5 kilometer), bermula dari kawasan projek bekalan air Gambang 3 yang dimiliki Pengurusan Air Pahang (PAIP) dan seterusnya ke Hentian R&R Gambang."

"Tangki yang dibina untuk menyimpan bekalan air terawat ini akan menyedut air dari Gambang 3 yang terletak kira-kira 350 meter itu dan mampu menyalurkan air dengan kapasiti 80,000 gelen sehari ke R&R Gambang bagi keperluan kedua-dua hala," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Nik Fauzi berkata sebelum ini, pihaknya terpaksa mengambil inisiatif menyediakan sebuah lori tangki untuk setiap hentian pada hari biasa dan dua lori tangki untuk setiap hentian pada musim perayaan atau cuti sekolah.

Setiap lori tangki yang berkapasiti 7,000 gelen air itu akan membuat tiga kali perjalanan ke hentian setiap hari bagi membekal air bersih daripada punca air iaitu di Plaza Tol Gambang.

Beliau berkata pada waktu puncak biasa, jumlah pengguna di setiap hentian dua hala itu mampu meningkat sekali ganda berbanding 4,000 orang sehari.

"Jumlah itu meningkat pada musim perayaan iaitu seramai kira-kira 14,000 pengguna dan keperluan air di kedua-dua belah hentian rehat itu turut meningkat kepada sekali ganda daripada 40,000 gelen pada hari biasa."

"Kita berpuas hati kerana projek yang mendapat kerjasama baik daripada Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) ini berjaya menyelesaikan isu masalah kekurangan bekalan air yang ditampung lori tangki di kawasan R&R berkenaan pada tahun lalu."

"Selepas projek ini siap nanti, masalah bekalan air di R&R Gambang tidak akan berulang dan pengguna dapat menggunakan kemudahan yang disediakan dengan lancar," katanya.

Mengikut rekod hingga kini pihak ANIH Berhad telah membelanjakan sebanyak RM4.5 juta bagi menyediakan bekalan air ke R&R Gambang sejak 2005 termasuk bagi pembinaan loji rawatan air untuk menyedut serta merawat air dari tasik berhampiran.

Sementara itu, seorang pengguna, Masnor Mastor, 39, berkata inisiatif yang dilakukan oleh ANIH Berhad dengan melaksanakan projek itu akan memberi keselesaan kepada pengguna, sekali gus mengelakkan kesesakan di R&R Temerloh.

"Saya sendiri kerap berulang-alik dari Pekan ke Kuala Lumpur atas urusan kerja dan kerap kali singgah di R&R ini untuk ke tandas, bersolat serta makan. Apabila timbul masalah air terutama waktu puncak, memang menyulitkan urusan saya dan pengguna lain."

"Keadaan itu menyebabkan lebih ramai pengguna LPT 1 lebih suka untuk singgah di R&R Temerloh, tetapi apabila terlalu ramai yang singgah di hentian itu ia menimbulkan masalah kesesakan dan kurang selesa pula."

"Jadi kita berterima kasih di atas langkah proaktif yang diambil oleh ANIH Berhad ini yang secara langsung dapat menarik pengguna untuk turut singgah di hentian ini, selain R&R Temerloh," katanya.

Tindakan proaktif ANIH berhad selain itu turut mendapat pujian daripada pihak peniaga R&R Gambang sendiri kerana tidak lagi perlu pening kepala memikirkan masalah air apabila musim cuti.

Seorang peniaga, Halimah Ahmad, 48, berkata sebelum ini beliau bersama rakannya terpaksa mengangkut air untuk urusan memasak dan menyediakan air minuman buat pelanggan.

"Sebelum ini musim cuti sahaja kita peniaga di sini memang merasa risau sedikit apabila gangguan bekalan air sering berlaku kerana susah untuk proses penyediaan makanan dan sebagainya, namun selepas siapnya projek ini nanti tidak perlulah kami gusar lagi termasuk soal nak mengangkut air," katanya. #sumber


Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel Nik Fauzi: "ANIH Berhad" Melabur RM3.2 Juta Tangani Isu Air Di R&R Gambang

Sekianlah artikel Nik Fauzi: "ANIH Berhad" Melabur RM3.2 Juta Tangani Isu Air Di R&R Gambang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Nik Fauzi: "ANIH Berhad" Melabur RM3.2 Juta Tangani Isu Air Di R&R Gambang dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2018/03/nik-fauzi-anih-berhad-melabur-rm32-juta.html

Subscribe to receive free email updates: