PAS Tidak Akan Meletakkan Calon "Parti Ikatan" Di Negeri Kelantan !

PAS Tidak Akan Meletakkan Calon "Parti Ikatan" Di Negeri Kelantan ! - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAS Tidak Akan Meletakkan Calon "Parti Ikatan" Di Negeri Kelantan !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAS Tidak Akan Meletakkan Calon "Parti Ikatan" Di Negeri Kelantan !
link : PAS Tidak Akan Meletakkan Calon "Parti Ikatan" Di Negeri Kelantan !

Baca juga


PAS Tidak Akan Meletakkan Calon "Parti Ikatan" Di Negeri Kelantan !


KOTA BHARU: Gagasan Sejahtera, pakatan pembangkang yang diterajui PAS, tidak akan meletakkan calon daripada Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) untuk bertanding di mana-mana kerusi di Kelantan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata Ikatan akan membantu PAS di mana-mana kerusi yang ditandingi oleh parti berkenaan.

“Ikatan ini saya sebut secara jelas, daripada apa yang disampaikan oleh presidennya (Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir), dia sendiri pun tak berminat nak bertanding, tapi dia akan bantu untuk PAS menang.

“Kalau dia bertanding pun, mungkin dalam 1 atau 2 kerusi sahaja (di luar Kelantan). Itu pun akan diputuskan di peringkat pusat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Himpunan Bangkit Pertahan Kelantan di Padang Perdana malam tadi.

Ditanya mengenai pengagihan kerusi yang akan ditandingi oleh PAS pada PRU14, Mohd Amar berkata, secara umum perkara itu telah diselesaikan, namun belum diperincikan.

“Sasaran kita ialah kita nak memerintah, sebab itu kita akan bertanding lebih daripada 130 kerusi. Kita ada sasaran maksimum dan sasaran minimum.

“Maksimum (menang kerusi) ialah menjadi kerajaan, tapi minimumnya kita mesti menang sekurang-kurangnya 40 kerusi supaya kita boleh mencorakkan hala tuju dan juga masa depan politik negara,” katanya. #sumber


Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel PAS Tidak Akan Meletakkan Calon "Parti Ikatan" Di Negeri Kelantan !

Sekianlah artikel PAS Tidak Akan Meletakkan Calon "Parti Ikatan" Di Negeri Kelantan ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PAS Tidak Akan Meletakkan Calon "Parti Ikatan" Di Negeri Kelantan ! dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2018/03/pas-tidak-akan-meletakkan-calon-parti.html

Subscribe to receive free email updates: