Judul : Penduduk Mendakwa Air Terjun Lata Meraung Tercemar, Seperti Air Teh !
link : Penduduk Mendakwa Air Terjun Lata Meraung Tercemar, Seperti Air Teh !
Penduduk Mendakwa Air Terjun Lata Meraung Tercemar, Seperti Air Teh !
Video dan gambar menunjukkan keadaan air terjun tercemar serta pokok terbalik dimuat naik pelayar itu pada 24 Mac lalu dipercayai selepas berkunjung ke pusat rekreasi itu.
Melalui video dan gambar yang dikongsi, jelas kelihatan air terjun yang yang sebelum ini jernih sudah bertukar warna seperti teh ais.
Melalui Facebook itu, netizen turut komen keadaan berkenaan berpunca daripada aktiviti pembalakan di sekitarnya.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Kiol, Walid Ting berkata, kejadian seumpama itu merupakan yang pertama terjadi sejak pusat rekreasi itu dibuka kepada umum sekitar tahun 1991.
Katanya, Lata Meraung sudah lama dikenali sebagai salah satu pusat rekreasi terkenal daerah ini, namun ini pertama kali air terjun itu dikatakan tercemar..
“Saya dapat tahu daripada rakan bahawa air terjun bertukar warna coklat. Saya pun terkejut dan tidak pasti punca masalah itu sedangkan sekarang musim panas. Jika musim hujan, mungkin juga boleh jadi begitu,” katanya.
Susulan Air Terjun Lata Meraung yang menjadi keruh yang dipaparkan seorang pelayar dalam laman media sosial, Sinar Harian dimaklumkan pihak Pejabat Hutan akan melakukan siasatan ke atas perkara itu.
Hal ini dimaklumkan oleh Adun Damak, Datuk Lau Lee, ketika dihubungi semalam.
Lau Lee berkata, beliau dimaklumkan pihak Pejabat Hutan Daerah Jerantut akan menyiasat punca berlakunya masalah itu.
“Punca sebenar mengapa air keruh masih belum dapat dipastikan lagi dan kuta menyerahkan kepada pihak Pejabat Hutan untuk melakukan siasatan,” katanya. #sumber
Appear first on Harian Melayu
Demikianlah Artikel Penduduk Mendakwa Air Terjun Lata Meraung Tercemar, Seperti Air Teh !
Sekianlah artikel Penduduk Mendakwa Air Terjun Lata Meraung Tercemar, Seperti Air Teh ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Penduduk Mendakwa Air Terjun Lata Meraung Tercemar, Seperti Air Teh ! dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2018/03/penduduk-mendakwa-air-terjun-lata.html