Judul : Penunggang Motosikal Meninggal Rempuh Kereta Di Jalan Temerloh-Bahau
link : Penunggang Motosikal Meninggal Rempuh Kereta Di Jalan Temerloh-Bahau
Penunggang Motosikal Meninggal Rempuh Kereta Di Jalan Temerloh-Bahau
BERA: Seorang penunggang maut apabila motosikalnya merempuh sebuah kereta yang cuba memasuki simpang di Kilometer 29 Jalan Temerloh-Bahau di sini, tengah malam tadi.
Ketua Polis Daerah Bera DSP Mansor Samsuddin berkata pada kejadian pukul 12.40 tengah malam itu, mangsa Mohamad Affendi Mohd Nordin, 25, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Katanya, kemalangan dipercayai berlaku selepas mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125Z cuba untuk memotong kereta jenis Honda City yang dari arah Felda Bukit Mendi ke Lanchang.
"Mangsa dipercayai tidak menyedari pemandu kereta tersebut telah memberi isyarat untuk masuk ke simpang sebelah kanan menyebabkan dia tidak dapat mengelak daripada merempuh kereta itu."
"Kejadian menyebabkan mangsa tercampak sejauh 20 meter ke sebelah kanan jalan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Mansor berkata pemandu dan penumpang kereta itu tidak mengalami kecederaan. #sumber
Appear first on Harian Melayu
Demikianlah Artikel Penunggang Motosikal Meninggal Rempuh Kereta Di Jalan Temerloh-Bahau
Sekianlah artikel Penunggang Motosikal Meninggal Rempuh Kereta Di Jalan Temerloh-Bahau kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Penunggang Motosikal Meninggal Rempuh Kereta Di Jalan Temerloh-Bahau dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2018/03/penunggang-motosikal-meninggal-rempuh.html