Polis Selangor Sudah Pun Menemui Datin Terlibat Dalam Kes Dera Amah

Polis Selangor Sudah Pun Menemui Datin Terlibat Dalam Kes Dera Amah - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Polis Selangor Sudah Pun Menemui Datin Terlibat Dalam Kes Dera Amah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Polis Selangor Sudah Pun Menemui Datin Terlibat Dalam Kes Dera Amah
link : Polis Selangor Sudah Pun Menemui Datin Terlibat Dalam Kes Dera Amah

Baca juga


Polis Selangor Sudah Pun Menemui Datin Terlibat Dalam Kes Dera Amah


PETALING JAYA: Polis sudah menemui suri rumah bergelar Datin yang gagal hadir ke mahkamah untuk semakan semula hukuman yang dijatuhkan atas sabitan mendera pembantu rumahnya pada 2016.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor dipetik New Straits Times berkata, mereka berjaya mengesan Datin Rozita Mohd Ali, 44.

“Usaha mengesan beliau bermula selepas kami terima notis dari mahkamah. Dia sudah setuju untuk hadir di mahkamah.

“Jangan tanya bila dia akan hadir di mahkamah. Harap ia akan berlaku dalam masa terdekat,” katanya akhbar itu.

Bagaimanapun, Mazlan tidak mendedahkan di mana polis menemui Rozita atau kedudukan terkininya.

Pada 15 Mac lalu, Rozita diikat jamin selama 5 tahun dengan bon sebanyak RM5,000 oleh hakim Mahkamah Sesyen, Mohammed Mokhzani Mokhtar, selepas dia menukar pengakuan kepada mengaku bersalah kerana menyebabkan kecederaan teruk ke atas pekerja domestik Indonesia, Suyanti Sutrinso.

Pihak pendakwaan memohon hukuman penjara setimpal berdasarkan tahap keseriusan jenayah itu.

Kes itu mencetuskan kemarahan ramai kerana wanita itu terlepas daripada hukuman penjara, dengan peguam berkata hakim bersikap lembut terhadap tertuduh.

Rabu lalu, polis melancarkan gerakan mengesannya selepas wanita itu dan penjaminnya gagal hadir di mahkamah untuk semakan semula hukuman.

Timbalan pendakwa raya, Muhamad Iskandar Ahmad memberitahu mahkamah, polis gagal mengesan Rozita di alamat terakhirnya di Kuala Lumpur dan Melaka.

Iskandar yang juga ketua pendakwa raya Selangor berkata, polis juga gagal mengesan penjamin Rozita, yang dipercayai merupakan anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang, tetapi kuarters lelaki itu kosong.

Hakim Datuk Seri Tun Abd Majid Tun Hamzah menetapkan 29 Mac ini untuk mendengar permohonan pendakwa.

Klip video Suyanti yang cedera parah dan terbaring berhampiran longkang di kawasan perumahan Mutiara Damansara tersebar pada Disember 2016.

Menurut laporan, Rozita didakwa menggunakan pisau dapur, penyangkut baju, mop besi dan payung untuk mencederakan kepala, tangan, kaki dan organ dalaman Suyanti. #sumber


Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel Polis Selangor Sudah Pun Menemui Datin Terlibat Dalam Kes Dera Amah

Sekianlah artikel Polis Selangor Sudah Pun Menemui Datin Terlibat Dalam Kes Dera Amah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Polis Selangor Sudah Pun Menemui Datin Terlibat Dalam Kes Dera Amah dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2018/03/polis-selangor-sudah-pun-menemui-datin.html

Subscribe to receive free email updates: