Judul : Rafidah: Hey Nazri, Annuar.. Secara Teknikal Saya BUKAN Lagi Ahli UMNO, dah 10 tahun tak bayar yuran
link : Rafidah: Hey Nazri, Annuar.. Secara Teknikal Saya BUKAN Lagi Ahli UMNO, dah 10 tahun tak bayar yuran
Rafidah: Hey Nazri, Annuar.. Secara Teknikal Saya BUKAN Lagi Ahli UMNO, dah 10 tahun tak bayar yuran
Siapa yang tidak kenal Tan Sri Rafidah Aziz.
Bekas ketua wanita Umno dan menteri kanan itu memang terkenal dengan sikap tegas, lantang dan berterus terang dalam pendiriannya.
Walaupun sudah bersara daripada kerajaan, akhir-akhir ini bekas anggota parlimen Kuala Kangsar itu kembali ranggi apabila pandangan yang diberikannya mengenai isu semasa negara disambut dengan sindiran serta cemuhan beberapa menteri.
Antara mereka ialah Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa serta anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Nazri Aziz.
Annuar misalnya semalam menempelak Rafidah - serta seorang lagi bekas menteri Tan Sri Rais Yatim - sebagai bersikap berat sebelah, serta mencurigai motif di sebalik pandangan kritis mereka terhadap kerajaan.
“Daripada rungutan mereka, ternyata mereka sudah out of touch dengan urusan pentadbiran dan kerajaan.
“Mereka juga kelihatan masih terikat dengan pendewaan personaliti (personality cult) bos lama, yang juga bos saya dulu,” katanya merujuk kepada Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini mengetuai Pakatan Harapan.
Nazri yang terkenal dengan pandangan tanpa beralas pula menggelar Rafidah sebagai “mak cik tua yang meroyan kuat sangat".
“Dia (Rafidah) meroyan kuat sangat, dulu tak dapat bertanding, dia marah.
“Lepas itu kalah dengan (Tan Sri) Shahrizat (Abdul Jalil). Shahrizat kita harap lepas ini akan jadi menteri balik, jadi dia tak tahan tengok Shahrizat ni.
“Shahrizat menjadi ketua Wanita Umno jauh lebih baik dari Rafidah,” kata Nazri hari ini.
10 tahun tak bayar yuran Umno
Malam ini Rafidah secara khusus membalas kecaman Nazri dan Annuar itu. Berikut adalah kenyataan penuh beliau. Sebahagian daripadanya diterjemah daripada bahasa Inggeris:
"Hey, kamu berdua Nazri dan Annuar...
Berhenti mengalihkan perhatian rakyat daripada salah laku dan hal-hal mengarut yang menyebabkan kebimbangan mendalam di kalangan rakyat yang berfikir.
Saya langsung tidak mempunyai kepentingan memegang sebarang jawatan dalam mana-mana parti. Apa lagi dalam kerajaan.
Saya menghabiskan masa separuh abad dalam politik.
Kepada Nazri, siapa Shahrizat? Adakah dia wanita yang suaminya masih berhutang kepada rakyat sebanyak hampir suku bilion (ringgit) daripada apa yang dipanggil National Feedlot Corporation?
Who got fed?
Bilakah agaknya rakyat akan mendapat semula wang mereka (yang dipungut kerajaan melalui pelbagai cukai, GST dan fi serta caj lain)?
Tolong tangani masalah-masalah ini. Jangan menyibuk tentang umur saya. Dan jangan sekali-kali persoalkan hak saya untuk bercakap mengenai isu yang menyentuh negara ini.
Saya tak berfikir tentang kamu pun dalam hidup seharian saya.
Tumpukan perhatian untuk membetulkan kesalahan yang sudah berlaku.
Kepada Annuar. Berhentilah mengarut.
Apa yang saya katakan mengenai negara ini adalah hak saya (kecuali kamu yang terasa pedasnya?)
Dan apa yang kamu nak kamu "awaskan"? Adakah kamu Gestapo?
Mengapa tidak diawasi Jho Low dan mereka yang dikaitkan dengan kes-kes jenayah yang disiasat oleh kerajaan-kerajaan asing? Yang memalukan negara ini dan rakyat?
Ingatlah, Allah SWT sentiasa mengawasi semua kamu. Jangan lupa.
Dan untuk makluman saya dah hampir 10 tahun tak bayar yuran Umno. Ketua penerangan tidak semak ke daftar ahli?
Secara teknikal saya tidak lagi (menjadi) ahli Umno. Parti sudah dikotori dan dimalukan oleh mereka yang diamanahkan memimpin.
Nasib Melayu dan bumiputera sudah tidak boleh diharapkan kapada Umno untuk diperjuangkan. Apatah lagi nasib rakyat berbilang kaum.
Hentikan politik jijik mengecam peribadi. Tumpu kepada isu dan masalah negara. - MK
Appear first on Harian Melayu
Demikianlah Artikel Rafidah: Hey Nazri, Annuar.. Secara Teknikal Saya BUKAN Lagi Ahli UMNO, dah 10 tahun tak bayar yuran
Sekianlah artikel Rafidah: Hey Nazri, Annuar.. Secara Teknikal Saya BUKAN Lagi Ahli UMNO, dah 10 tahun tak bayar yuran kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Rafidah: Hey Nazri, Annuar.. Secara Teknikal Saya BUKAN Lagi Ahli UMNO, dah 10 tahun tak bayar yuran dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2018/03/rafidah-hey-nazri-annuar-secara.html