Sukarelawan Mengaku "Tidak" Bersalah Terhadap 38 Kes Liwat Pelajar Tahfiz

Sukarelawan Mengaku "Tidak" Bersalah Terhadap 38 Kes Liwat Pelajar Tahfiz - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sukarelawan Mengaku "Tidak" Bersalah Terhadap 38 Kes Liwat Pelajar Tahfiz, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sukarelawan Mengaku "Tidak" Bersalah Terhadap 38 Kes Liwat Pelajar Tahfiz
link : Sukarelawan Mengaku "Tidak" Bersalah Terhadap 38 Kes Liwat Pelajar Tahfiz

Baca juga


Sukarelawan Mengaku "Tidak" Bersalah Terhadap 38 Kes Liwat Pelajar Tahfiz


KUANTAN: Sukarelawan maahad tahfiz mengaku tidak bersalah di mahkamah sesyen, di sini, terhadap 38 kes liwat dan serangan seksual terhadap pelajar sekolah itu, Khamis.

Tertuduh, Nasrul Arman Ahmad, 41, membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan gangguan seksual terhadap 10 pelajar berumur antara 12 hingga 17 tahun tanpa kerelaan atau bertentangan dengan kemahuannya dan meletakkan ketakukan, kecederaan atau kematian kepada mereka.

Tertuduh melakukan kesalahan berkenaan di kediamannya di Taman Selamat Teluk Sisek, dan sekitar maahad tahfiz, itu, antara Julai 2017 hingga Febuari lalu.

Pertuduhan dilakukan mengikut seksyen 377C Kanun Keseksaan dan seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017.

Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan sebatan bagi setiap tuduhan di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

Manakala, setiap pertuduhan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017, tertuduh bakal berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM380,000 untuk semua pertuduhan dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan tidak boleh mendekati mangsa.

Tarikh sebutan semula kes pada 23 April depan.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Farahah Mohd. Nazari manakala, tertuduh diwakili peguam, Datuk Syed Azimal Amir Syed Abu Bakar. #sumber


Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel Sukarelawan Mengaku "Tidak" Bersalah Terhadap 38 Kes Liwat Pelajar Tahfiz

Sekianlah artikel Sukarelawan Mengaku "Tidak" Bersalah Terhadap 38 Kes Liwat Pelajar Tahfiz kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sukarelawan Mengaku "Tidak" Bersalah Terhadap 38 Kes Liwat Pelajar Tahfiz dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2018/03/sukarelawan-mengaku-tidak-bersalah.html

Subscribe to receive free email updates: