Judul : Syerlena: Birokrasi Kerajaan Akan Rencatkan "Masa Depan" Pelajar Cemerlang
link : Syerlena: Birokrasi Kerajaan Akan Rencatkan "Masa Depan" Pelajar Cemerlang
Syerlena: Birokrasi Kerajaan Akan Rencatkan "Masa Depan" Pelajar Cemerlang
Penolong Setiausaha Publisiti Wanita DAP Kebangsaan, Syerleena Abdul Rashid berkata, di sebalik jaminan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk meluluskan permohonan kerakyatan Roisah, pelajar itu diminta ‘pulang’ dan kementerian hanya akan mempertimbangkan permohonannya.
“Roisah mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan STPM dan biasanya akan mudah menerima tawaran universiti dan biasiswa.
“Malangnya, dari sudut perundangan, Roisah dikategori sebagai tidak memiliki kerakyatan meskipun lahir dan dibesarkan di Malaysia,” katanya dalam kenyataan.
Menurut Ahli Majlis MBPP itu, situasi yang dihadapi pelajar cemerlang tersebut sehingga mengganggu peluang pendidikan dan masa depannya tidak wajar terjadi memandangkan pendidikan merupakan hak asasi manusia yang perlu dipelihara.
“Birokrasi ini jelas buang masa saja.
“Tarikh akhir untuk membuat permohonan kemasukan ke universiti melalui sistem Unit Pengambilan Universiti (UPU) ialah pada 10 April ini,” katanya.
Syerleena berkata kerajaan yang dipimpin BN sering mendakwa akan melakukan yang terbaik untuk generasi masa depan tetapi layanan dan birokrasi yang terpaksa dihadapi Roisah Abdullah jelas membuktikan mereka tidak peduli.
Diskriminasi yang dihadapi rakyat tanpa kewarganegaraan dalam negara ini jelasnya sering dibangkitkan namun sikap sambil lewa dan tidak prihatin kerajaan amat menggusarkan.
“Ketidaktentuan dan kurangnya status perundangan kepada warga tanpa kerakyatan di Malaysia menjadikan mereka terdedah kepada eksploitasi, pemerdagangan manusia dan mendedahkan mereka kepada perlanggaran hak asasi manusia yang lain seperti dinafikan hak untuk pendidikan dan kesihatan,” katanya lagi. #sumber
Appear first on Harian Melayu
Demikianlah Artikel Syerlena: Birokrasi Kerajaan Akan Rencatkan "Masa Depan" Pelajar Cemerlang
Sekianlah artikel Syerlena: Birokrasi Kerajaan Akan Rencatkan "Masa Depan" Pelajar Cemerlang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Syerlena: Birokrasi Kerajaan Akan Rencatkan "Masa Depan" Pelajar Cemerlang dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2018/03/syerlena-birokrasi-kerajaan-akan.html