Adnan: Projek Pembinaan Laluan Rel Pan­­tai Timur Manfaat Kepada Negara

Adnan: Projek Pembinaan Laluan Rel Pan­­tai Timur Manfaat Kepada Negara - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Adnan: Projek Pembinaan Laluan Rel Pan­­tai Timur Manfaat Kepada Negara, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Adnan: Projek Pembinaan Laluan Rel Pan­­tai Timur Manfaat Kepada Negara
link : Adnan: Projek Pembinaan Laluan Rel Pan­­tai Timur Manfaat Kepada Negara

Baca juga


Adnan: Projek Pembinaan Laluan Rel Pan­­tai Timur Manfaat Kepada Negara


KUANTAN: Pembinaan Laluan Rel Pan­­tai Timur (ECRL) merupa­kan projek raksasa yang di­­laksanakan kerajaan bagi memberi manfaat kepada negara dan rak­­yat dalam tempoh jangka panjang.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, menerusi projek berimpak tinggi ber­kenaan, ECRL dapat membuka jalinan hubungan antara Pantai Timur dan Barat sekali gus memajukan kawasan terlibat.

“Projek ECRL dan projek-projek mega lain yang dilaksanakan termasuk Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP) adalah untuk manfaat rakyat.

“Mengapa pilih (kerjasama) China? Ini kerana negara itu merupakan rakan dagang utama negara, jika China tidak membeli barangan kita, kita akan rugi. Untuk projek berimpak tinggi se­perti ECRL, pasti ada kepentingan bersama yang dicapai,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Lawatan Kerja dan Majlis Ramah Mesra Menteri Besar Bersama Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) negeri Sempena Peringatan Hari Polis Ke-211 di Kompleks Perumahan Polis Alor Akar, di sini semalam.

Yang turut hadir, Ketua Polis negeri, Datuk Seri Rosli Ab. Rahman; Timbalan Ketua Polis nege­ri, Datuk Jamaludin Kudin; Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Senior Asisten Komisio­ner Othman Nanyan dan barisan Exco kerajaan negeri.

Baru-baru ini, Pengerusi Pakatan Harapan diketuai DAP, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pakatan itu akan menghentikan ECRL jika menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kerana projek bernilai RM55 bilion itu didakwa sebagai pembaziran.

Adnan berkata, tidak ada negara di dunia ini yang melakukan pembangunan dan pelaburan bagi merugikan negara atau rakyatnya.

Beliau berkata, pelaksanaan pelbagai projek raksasa bukan perkara baharu, sebaliknya sudah dilaksanakan sejak zaman Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak Hussein dan diteruskan oleh Perdana Menteri selepas itu.

“Projek raksasa ini apabila dilaksanakan tentunya baik untuk negara bagi menjana ekonomi dan memberikan manfaat kepada rakyat.

“Sebagai contoh, projek MCKIP apabila dilaksanakan kita minta supaya manfaatnya turut diberikan kepada kontraktor tempatan,” katanya. #sumber



Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel Adnan: Projek Pembinaan Laluan Rel Pan­­tai Timur Manfaat Kepada Negara

Sekianlah artikel Adnan: Projek Pembinaan Laluan Rel Pan­­tai Timur Manfaat Kepada Negara kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Adnan: Projek Pembinaan Laluan Rel Pan­­tai Timur Manfaat Kepada Negara dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2018/04/adnan-projek-pembinaan-laluan-rel.html

Subscribe to receive free email updates: