Anwar "Hargai Pengorbanan" Tun Mahathir Untuk Bersama Pakatan Harapan

Anwar "Hargai Pengorbanan" Tun Mahathir Untuk Bersama Pakatan Harapan - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Anwar "Hargai Pengorbanan" Tun Mahathir Untuk Bersama Pakatan Harapan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Anwar "Hargai Pengorbanan" Tun Mahathir Untuk Bersama Pakatan Harapan
link : Anwar "Hargai Pengorbanan" Tun Mahathir Untuk Bersama Pakatan Harapan

Baca juga


Anwar "Hargai Pengorbanan" Tun Mahathir Untuk Bersama Pakatan Harapan


KUALA LUMPUR: Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi berjiwa besar apabila menzahirkan penghargaan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini bersama beliau dalam agenda Reformasi.

Dalam satu kenyataan media hari ini, Anwar berkata tokoh Dr Mahathir kini sanggup mengorbankan masa dan tenaga menyertai pembangkang demi menjana perubahan dalam negara.

“Saya ulangi penghargaan saya terhadap kesediaan Tun Dr Mahathir mengorbankan masa dan tenaga bersama Pakatan Harapan untuk menjana perubahan di dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14,” katanya yang membuat kenyataan itu semasa hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Kata Anwar, Harapan mengetengahkan Dr Mahathir sebagai pemimpin selepas mengambil kira pengalaman dan sumbangan beliau kepada negara.

Menurutnya, Dr Mahathir juga dipilih kerana kesediaan beliau menerima agenda perubahan yang dibawa Harapan.

“Selamatkan Malaysia daripada cengkaman pemerintahan autoktratik UMNO dan BN,” katanya.

Anwar juga menjelaskan peluang yang ada kini adalah ruang paling baik untuk semua pihak bergabung dengan rakyat bagi mengubah kerajaan.

“Pilihan raya umum ke-14 adalah kesempatan terbaik untuk semua kekuatan rakyat digabung bagi meletakkan pemerintahan yang komited menentang rasuah, penyelewangan dan meletakkan Malaysia sebagai negara demokratik dan adil,” katanya.

Anwar berada di mahkamah bagi menghadiri perbicaraan saman beliau terhadap TV3.

Anwar menyaman TV3 berhubung laporan mereka mengenai insiden pencerobohan rakyat asing di Lahad Datu pada 2013.

Harapan menamakan Dr Mahathir, 92, sebagai calon Perdana Menteri apabila mereka menguasai Putrajaya selepas pilihan raya umum akan datang.

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail adalah calon Timbalan Perdana Menteri. #sumber



Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel Anwar "Hargai Pengorbanan" Tun Mahathir Untuk Bersama Pakatan Harapan

Sekianlah artikel Anwar "Hargai Pengorbanan" Tun Mahathir Untuk Bersama Pakatan Harapan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Anwar "Hargai Pengorbanan" Tun Mahathir Untuk Bersama Pakatan Harapan dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2018/04/anwar-hargai-pengorbanan-tun-mahathir.html

Subscribe to receive free email updates: