Dewan Negara Lulus Secara Majoriti RUU Anti-berita Tidak Benar 2018

Dewan Negara Lulus Secara Majoriti RUU Anti-berita Tidak Benar 2018 - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dewan Negara Lulus Secara Majoriti RUU Anti-berita Tidak Benar 2018, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dewan Negara Lulus Secara Majoriti RUU Anti-berita Tidak Benar 2018
link : Dewan Negara Lulus Secara Majoriti RUU Anti-berita Tidak Benar 2018

Baca juga


Dewan Negara Lulus Secara Majoriti RUU Anti-berita Tidak Benar 2018


KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Anti-berita Tidak Benar 2018, yang menunjukkan keseriusan kerajaan menangani masalah penyebaran berita tidak benar dalam perkembangan teknologi moden.

Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri S A Vigneswaran mengumumkan RUU itu diluluskan dengan suara majoriti setelah dibahaskan oleh 17 senator.

Ia dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said tengah hari tadi.

Azalina ketika menggulung perbahasan RUU itu berkata kerajaan memperkenalkan RUU bukan sama sekali untuk menyekat kebebasan bersuara sebaliknya bertujuan mengekang penularan berita tidak benar.

Beliau berkata walaupun terdapat beberapa undang-undang berkaitan namun sehingga hari ini isu melibatkan berita tidak benar tidak dapat dikawal secara efektif berikutan perkembangan semasa teknologi maklumat yang semakin pantas dan kompleks.

“Apatah lagi, undang-undang yang sering disebut dalam perkara ini seperti Kanun Keseksaan, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 digubal pada atau sebelum tahun 1990-an, yang tidak dapat menangani sifat kesalahan yang kompleks seiring peredaran teknologi terkini,” katanya.


Azalina berkata langkah membawa RUU berkenaan pada persidangan Parlimen kali ini mengikut takwim Parlimen yang ditetapkan.

“Ada yang bertanya kenapa RUU ini dibentangkan sekarang. Jawapan saya, jika bukan sekarang, bila lagi? Jika ada yang kata ia ada kaitan dengan pilihan raya umum ke-14 (PRU14), ia tidak ada kaitan dengan PRU kerana saya tidak tahu bila PRU akan diadakan.

“Tetapi semua tahu bila PRU perlu diadakan, (jadi) mungkin orang lihat pada kebetulan. Sebenarnya, ia diletakkan di dalam kalendar Dewan Rakyat dan Dewan Negara kali ini kebetulan berlangsung pada Mac dan April ini,” katanya.

Beliau menjelaskan RUU itu juga memberikan mesej jelas kerajaan tidak akan berkompromi dengan penyebaran berita tidak benar yang boleh memudaratkan ketenteraman awam atau negara.

Azalina berkata rang undang-undang itu berpaksikan rakyat.

“Saya ingin menekankan di sini, RUU ini bersifat ‘quasi criminal’ di mana sementara memperuntuk kesalahan-kesalahan yang berhubungan dengan berita tidak benar, RUU ini memberi peluang kepada semua orang untuk mendapat perlindungan melalui permohonan perintah mahkamah sebagaimana terdapat dalam Bahagian III RUU daripada penyebaran berita tidak benar.

“Usaha ini juga selaras titah Seri Paduka Baginda (Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V), penyebaran berita palsu perlu dikekang kerana akan memberi pengaruh negatif kepada rakyat,” katanya.

Persidangan Dewan Rakyat semalam meluluskan RUU tersebut menerusi suara majoriti dengan pindaan pada Fasal 4 bagi menggantikan perkataan ”diketahuinya” dengan perkataan ”niat jahat”.

Pindaan itu juga melibatkan pengurangan hukuman penjara daripada 10 tahun kepada 6 tahun dalam Fasal 5.

RUU itu mentafsirkan berita tidak benar sebagai apa-apa jenis penerbitan berita, maklumat, data dan laporan, yang sebahagian atau keseluruhannya, dalam apa-apa bentuk termasuk rencana, visual atau rakaman audio, adalah palsu.

Persidangan Dewan Negara bersambung esok. #sumber


Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel Dewan Negara Lulus Secara Majoriti RUU Anti-berita Tidak Benar 2018

Sekianlah artikel Dewan Negara Lulus Secara Majoriti RUU Anti-berita Tidak Benar 2018 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dewan Negara Lulus Secara Majoriti RUU Anti-berita Tidak Benar 2018 dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2018/04/dewan-negara-lulus-secara-majoriti-ruu.html

Subscribe to receive free email updates: