PAS Mahu "Memartabat" Institusi Pendidikan Islam Seluruh Pahang

PAS Mahu "Memartabat" Institusi Pendidikan Islam Seluruh Pahang - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAS Mahu "Memartabat" Institusi Pendidikan Islam Seluruh Pahang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAS Mahu "Memartabat" Institusi Pendidikan Islam Seluruh Pahang
link : PAS Mahu "Memartabat" Institusi Pendidikan Islam Seluruh Pahang

Baca juga


PAS Mahu "Memartabat" Institusi Pendidikan Islam Seluruh Pahang


KUANTAN: PAS akan terus memartabatkan institusi pendidikan Islam di seluruh negeri Pahang, sekiranya diberi mandat oleh rakyat pada PRU14 tidak lama lagi.

Perkara itu didedahkan oleh Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Kuantan, Sulaiman Md Derus (foto) pada majlis Hi-Tea bersama pimpinan PAS dan bakal-bakal calon PRU14 di Pasti As-Saadah, Kampung Razali di sini petang tadi.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, beliau menegaskan sistem pendidikan negara memerlukan kepada melahirkan warga negara yang cemerlang, tapi apa yang berlaku hari ini cemerlang hanya dari segi akademik tapi tidak cemerlang dari segi akhlak.

Katanya lagi, dalam usaha nak melahirkan warga negara yang celik Al-Quran, celik Islam dan seumpamanya maka PAS hari ini mendetailkan pusat-pusat pengajian di seluruh negeri Pahang, sama ada  di peringkat pondok mahukan sekolah menengah dan rendah.

"Ia tidak lain tidak bukan bagi membolehkan ibubapa mendapat alternatif atau pun pilihan kepada sekoalah yang berorientasikan akademik semata-mata. Kerana telah dibuktikan kecemerlangan dalam akademik bukan segala-galanya yang boleh membawa kemakmuran negara", kata beliau,

Katanya, kepincangan yang berlaku dalam negara terutamanya soal ketirisan wang, pengurusan yang tidak cekap dari segi pentadbiran dan kewangan semuanya berpunca daripada kelemahan dalam berhutang. Malah, sebahagian besar dari tangkapan yang dibuat oleh SPRM kebanyakannya dari kalangan orang yang mendapat pendidikan tinggi seperti pegawai-pegawai kerajaan, pegawai kanak syarikat swasta yang tersiar dalam media sosial, laporan akhbar  dan sebagainya.

"Betapa mereka merompak wang rakyat, bukan dua tiga ribu tapi puluhan juta. Ini adalah hasil daripada sistem pendidikan sekular yang selama ini kita amalkan. Maka, itu hari ini sebagai langkah pilihan kepada rakyat di negeri Pahang ini.. kita akan membina sekolah-sekolah yang berorientasikan wahyu (agama).  Ini membolehkan anak-anak kita yang berada di peringkat awal didedahkan dengan ugama, kebesaran Allah SWT". 

"Kita yakin bahawa benteng yang membolehkan anakj-anak kita dari terjebak dengan semua masalah yang ada dalam negara kita ini hanya boleh dicapai dengan mereka mendapat pendidikan yang baik,  berasaskan kepada sistem Islam", tambah beliau lagi.

Beliau juga menegaskan, itu sebabnya dalam negara kita tahu bahawa kuasa kerajaan negeri dengan kerajaan pusat. Kerajaan negeri katanya ada kuasa terhadap ugama sementara itu kerajaan pusat ada kuasa terhadap pendidikan. 

"Menjadi tanggungjawab kerajaan negeri, menyediakan sekolah-sekolah agama yang disediakan kemudahan asas yang lengkap. Kita lihat hari ini ramai ibubapa cenderung menghantar anak ke sekolah ugama seperti Sekeolah Rendah Al-Irsyad, yang merupakan satu-satunya sekolah rendah Islam yang wujud di Kuantan ini". 

"Sekolah rendah ugama yang dibina oleh Kerajaan Negeri Pahang dibawah UMNO Barisan Nasional tak ada langsung... zero... Ini membuktikan bahawa kerajaan yang ada masa kini tidak melihat punca sebenarnya kepada masalah yang berlaku dalam negara dan negeri", katanya. #PDO


Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel PAS Mahu "Memartabat" Institusi Pendidikan Islam Seluruh Pahang

Sekianlah artikel PAS Mahu "Memartabat" Institusi Pendidikan Islam Seluruh Pahang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PAS Mahu "Memartabat" Institusi Pendidikan Islam Seluruh Pahang dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2018/04/pas-mahu-memartabat-institusi.html

Subscribe to receive free email updates: