Judul : "Persempadanan Semula": UMNO Tiada Masalah, PKR Dakwa Tidak Adil !
link : "Persempadanan Semula": UMNO Tiada Masalah, PKR Dakwa Tidak Adil !
"Persempadanan Semula": UMNO Tiada Masalah, PKR Dakwa Tidak Adil !
TEMERLOH: Tiga Dun di Parlimen Temerloh (P88) terlibat dalam persempadanan semula pada PRU14 iaitu Dun Mentakab (N30) Lanchang (N31) dan Kuala Semantan(N32).
Antara kawasan Daerah Mengundi (DM)yang terlibat iaitu Songsang, Sanggang, Sanggang Seberang, Teluk Ira dari Dun Mentakab (N30) ke Dun Kuala Semantan.
Manakala DM Pangsenam, Buntut Pulau, Lebak, Tanjung Belenggu dari Dun Kuala Semantan ke Dun Lanchang.
Selain itu, bagi DM Bukit Bendera dari Dun Lanchang dan DM Seri Kemuning,Temerloh Jaya dari Dun Kuala Semantan ke Dun Mentakab.
Situasi ini menimbulkan pelbagai reaksi bagi pemimpin beberapa parti di parlimen ini.
Bagi Ketua Umno Bahagian Temerloh, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin menyifatkan pihaknya menyambut baik persempadanan tersebut yang dilihat memberikan kesamarataan antara jumlah pengundi di lokaliti terlibat.
Menurutnya, perkara itu bukan masalah dan perbezaannya hanya dari aspek pentadbiran.
Jelasnya, pihaknya mengambil inisiatif dengan beberapa siri perjumpaan menerusi suai kenal antara kawasan yang terlibat.
“Dun sama cuma sempadan pilihan raya yang berubah,” katanya lagi.
Sementara itu, Yang Dipertua Pas Kawasan Temerloh, Md Jusoh Darus memberitahu persempadanan tersebut memang memberikan kesan terutamanya di Dun Kuala Semantan yang menjadi kubu kuat parti itu.
Jelasnya, pihaknya terpaksa akur dengan situasi tersebut dan bersedia menghadapi cabaran yang perlu dihadapi mereka selain perlu bekerja keras untuk PRU kali ini.
Menurutnya persempadanan semula itu memang memberikan kesan dengan kehilangan beberapa DM yang dimenangi sebelum ini iaitu Temerloh Jaya,Seri Kemuning ke Dun Mentakab dan Buntut Pulau,Pangsenam dan Tanjung Belenggu ke Dun Lanchang.
“Kalau dulu kita rasa mudah sikit nak pertahankan Dun Kuala Semantan namun dengan kemasukan enam DM baru, peluang itu 50:50 sekarang.
“Sekarang ini bukan kerja keras sikit tetapi kena kerja keras banyak,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi PKR Pahang, Ahmad Nizam Abdul Hamid berkata, persempadanan semula itu disifatkan tidak adil dan lebih banyak memberikan kelebihan kepada BN/Umno.
Menurutnya ia melihat ketakutan daripada pihak lawan yang gusar dengan perubahan dan sokongan rakyat kepada pembangkang.
“Memang di atas kertas kita melihat kelebihan memihak mereka tetapi secara realitinya sebaliknya kalau kita lihat dengan situasi sekarang.
“Ini juga seolah-olah menghina kebijaksanaan pengundi Melayu seperti mudah 'diperkudakan' dakwanya lagi.
Beliau mendakwa pihaknya melihat hingga 80 peratus kawasan parlimen itu berada dan memihak kepada Dun Lanchang. #sumber
Appear first on Harian Melayu
Demikianlah Artikel "Persempadanan Semula": UMNO Tiada Masalah, PKR Dakwa Tidak Adil !
Sekianlah artikel "Persempadanan Semula": UMNO Tiada Masalah, PKR Dakwa Tidak Adil ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel "Persempadanan Semula": UMNO Tiada Masalah, PKR Dakwa Tidak Adil ! dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2018/04/persempadanan-semula-umno-tiada-masalah.html