Judul : Timbalan Presiden PAS Rayu Sumbangan Derma RM10 Dari Seluruh Ahli
link : Timbalan Presiden PAS Rayu Sumbangan Derma RM10 Dari Seluruh Ahli
Timbalan Presiden PAS Rayu Sumbangan Derma RM10 Dari Seluruh Ahli
PAS parti yang lahir dan membesar di atas pelbagai mehnah dan fitnah. Ia ibarat pohon yang hidup ditengah padang pasir yang tandus tanpa hujan dan baja yang cukup, membesar dengan segala kepayahan. Di atas kepayahan itulah ia terus membesar dan hidup subur bangkit menongkak arus.
PAS cuba dihalang dengan pelbagai cara, dari simbol yang silih berganti dengan pelbagai sekatan. Dari lambang tangan, bulan bintang, bulan sabit hinggalah kepada bulan penuh purnama. Nama Islam yang ada padanya cuba diharamkan bahkan pimpinan dan ahli ditindas semahunya.
PAS memasuki pilihanraya dengan segenap kepayahan. Ahli dilatih berkorban dengan semampu yang ada. Di setiap kali pilihanraya pelbagai barang buangan menjadi objek bahan kempen . Lambang PAS diukir pada guni baja, tin kosong, tayar kereta, Playwood dicat bagi menjadikan billboard. Pimpinan dan ahli parti bersengkang mata menjaga bahan kempen dari dirosakkan oleh musuh politik PAS. Sejarah ini tentunya masih segar dalam ingatan golongan as sabiqun khususnya.
Tabung buluh menjadi saksi di atas kejerihan bagi memenangkan perjuangan Islam ini. Ahli dan pimpinan PAS bukanlah golongan berada. Kebanyakan ahli parti adalah orang kampung yang berjiwa agama. Berbekalkan getah sekerap dan padi dibendang, mereka menabung demi membantu parti menghadapi setiap kali pilihanraya.
Cerita calon menjual tanah bagi membayar depoait pilihanraya adalah perkara biasa. Di atas kepayahan inilah kita membangunkan perjuangan ini. Kini parti semakin membesar. Telah ramai tokoh koperat, usahawan berjaya, pegawai kerajaan, ahli agama bergabung tenaga bangkit berjuang bagi merubah dasar negara kepada Islam.
Satu dasar yang menjamin keadilan, kemakmuran dan kesejahteraan buat semua rakyat.
Dalam menghadapi PRU ke 14, PAS terus difitnah, ditekan dan diserang. Namun ia tidak pernah meluntur semangat jihad dikalangan ahli parti. Mereka terus istiqamah menunaikan amanah bekas Al Mursyidil Am al Marhum TG Nik Aziz " Teruskan perjuangan ini setelah saya tiada".
Saya menyeru kepada seluruh ahli PAS diperantauan agar pulang ke distinasi masing-masing untuk balik mengundi PAS. Undi anda sangat besar makna kepada penerusan lagasi TG Nik Aziz membangun bersama Islam.
Saya juga menyeru sumbangan derma asas sebanyak RM10.00 bagi setiap ahli parti, manakala yang mampu sumbanglah mengikut kemampuan masing-masing. Firman Allah,
لِلْفُقَرَاءِ الَّذِينَ أُحْصِرُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ لَا يَسْتَطِيعُونَ ضَرْبًا فِي الْأَرْضِ يَحْسَبُهُمُ الْجَاهِلُ أَغْنِيَاءَ مِنَ التَّعَفُّفِ تَعْرِفُهُمْ بِسِيمَاهُمْ لَا يَسْأَلُونَ النَّاسَ إِلْحَافًا ۗ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ خَيْرٍ فَإِنَّ اللَّهَ بِهِ عَلِيمٌ
(Pemberian sedekah itu) ialah bagi orang-orang fakir miskin yang telah menentukan dirinya (dengan menjalankan khidmat atau berjuang) pada jalan Allah (membela Islam), yang tidak berupaya mengembara di muka bumi (untuk berniaga dan sebagainya); mereka itu disangka: orang kaya - oleh orang yang tidak mengetahui halnya, kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta. Engkau kenal mereka dengan (melihat) sifat-sifat dan keadaan masing-masing, mereka tidak meminta kepada orang ramai dengan mendesak-desak. Dan (ketahuilah), apa jua yang kamu belanjakan dari harta yang halal maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahuinya. -Sura Al-Baqarah, Ayah 273. #sumber
Salam perjuangan.
Undilah PAS ke Arah Malaysia Sejahtera.
Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden.
Appear first on Harian Melayu
Demikianlah Artikel Timbalan Presiden PAS Rayu Sumbangan Derma RM10 Dari Seluruh Ahli
Sekianlah artikel Timbalan Presiden PAS Rayu Sumbangan Derma RM10 Dari Seluruh Ahli kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Timbalan Presiden PAS Rayu Sumbangan Derma RM10 Dari Seluruh Ahli dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2018/04/timbalan-presiden-pas-rayu-sumbangan.html