Zahid: Tindakan Pemecatan 16 Anggota UMNO Mengikut Undang-Undang

Zahid: Tindakan Pemecatan 16 Anggota UMNO Mengikut Undang-Undang - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Zahid: Tindakan Pemecatan 16 Anggota UMNO Mengikut Undang-Undang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Zahid: Tindakan Pemecatan 16 Anggota UMNO Mengikut Undang-Undang
link : Zahid: Tindakan Pemecatan 16 Anggota UMNO Mengikut Undang-Undang

Baca juga


Zahid: Tindakan Pemecatan 16 Anggota UMNO Mengikut Undang-Undang


BAGAN DATUK:  Tindakan 16 anggota UMNO dari lima buah negeri yang dipecat kerana memfailkan semakan kehakiman bagi membubarkan UMNO di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam adalah mengikut ketetapan dalam perlembagaan dan peraturan UMNO.

Naib Presiden yang menjalankan tugas-tugas timbalan presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ini kerana mana-mana anggota UMNO yang memfailkan permohonan atau tindakan ke mahkamah, akan hilang keanggotaan mereka secara automatik.

"(Di bawah) Perlembagaan UMNO, ahli UMNO tidak boleh membawa sebarang isu berkaitan UMNO ke mahkamah dan jika ia dibawa, secara automatik akan dipecat daripada UMNO.

"Kita juga mengesyaki tindakan anggota UMNO itu didalangi pembangkang. Bagaimanapun, siasatan terperinci perlu dilakukan bagi mendapatkan kesahihan tersebut," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bangunan GiatMara yang baharu di Hutan Melintang di sini hari ini.

Semalam, 16 anggota UMNO mengambil tindakan undang-undang bagi mencabar kesahihan UMNO sebagai parti politik kerana menangguhkan pemilihan parti.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata tindakan 16 anggota UMNO itu jelas bertentangan dengan Fasal 20.7 Perlembagaan UMNO yang menetapkan mana-mana anggota yang memfailkan pernohonan atau tindakan ke mahkamah akan hilang keanggotaan secara automatik.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata tuduhan itu tidak berasas memandangkan UMNO telah meminta Pendaftar Pertubuhan (RoS) untuk menangguhkan pemilihan parti sehingga April 2019.

Beliau berkata tindakan itu tidak perlu dilakukan kerana RoS telah mengeluarkan surat penangguhan pemilihan UMNO dan arahan itu tidak seharusnya dicabar oleh mana-mana pihak kerana itu adalah keputusan yang rasmi.

"Saya beranggapan bahawa pengumuman calon dan watikah yang akan dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas nama UMNO dilakukan mengikut perundangan dan sah di sisi undang-undang parti," katanya. #sumber



Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel Zahid: Tindakan Pemecatan 16 Anggota UMNO Mengikut Undang-Undang

Sekianlah artikel Zahid: Tindakan Pemecatan 16 Anggota UMNO Mengikut Undang-Undang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Zahid: Tindakan Pemecatan 16 Anggota UMNO Mengikut Undang-Undang dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2018/04/zahid-tindakan-pemecatan-16-anggota.html

Subscribe to receive free email updates: