Judul : BN Pulau Pinang Mendesak Najib Meletak Jawatan Presiden UMNO
link : BN Pulau Pinang Mendesak Najib Meletak Jawatan Presiden UMNO
BN Pulau Pinang Mendesak Najib Meletak Jawatan Presiden UMNO
GEORGETOWN: Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang mendesak kepemimpinan tertinggi UMNO di peringkat Pusat meletakkan jawatan, susulan kekalahan teruk parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.
Setiausaha BN negeri, Datuk Omar Faudzar, berkata Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak adalah individu yang perlu bertanggungjawab, selain parti memerlukan penjenamaan baharu demi kelangsungan politik.
"Kita perlu seorang ketua baru secepat mungkin. Apa yang berlaku membuktikan rakyat bukan tidak mahu dengan parti, bukan sebab kita tidak bekerja, tetapi kerana ketua itu sendiri.
"Kita tidak mahu ketua yang bermasalah, sehingga menjejaskan imej parti. Ramai pemimpin yang berkaliber boleh menang, tetapi mereka 'terkorban'," katanya ketika dihubungi oleh NSTP, hari ini.
Mengulas lanjut, Omar berkata, individu yang paling layak mengetuai UMNO dan BN adalah Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin berikutan sokongan kuat yang diterima Ahli Parlimen Rembau itu daripada majoriti golongan belia.
Katanya, Khairy mampu menjenamakan semula parti, terutamanya dalam usaha meyakinkan dan mengembalikan kepercayaan parti kepada pengundi muda.
"Perlu diingatkan, dalam tempoh lima tahun lagi kita akan ada lebih ramai pengundi muda.
"Malah, Timbalan Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammudin Hussein juga tidak layak kerana kedua-dua mereka gagal meyakinkan pengundi awal, yang terdiri daripada anggota pasukan keselamatan negara, untuk mengundi BN," katanya.
Sementara itu, Pemuda UMNO Pulau Pinang akan membuat keputusan mengenai hala tuju parti itu, selepas menghadiri Mesyuarat EXCO Pemuda Malaysia, esok.
Ketua Pemuda negeri, Rafizal Abd Rahim, berkata mesyuarat yang akan dipengerusikan Khairy itu dijangka akan membincangkan secara serius berhubung masa depan dan penjenamaan semula UMNO.
"Esok malam (Sabtu) kita akan menghadiri mesyuarat EXCO di Kuala Lumpur, dan kemudian kita akan pulang dan mengadakan mesyuarat semula di peringkat negeri pada Ahad.
"Jadi, semua keputusan mengenai pendirian atau kedudukan Pemuda negeri akan dimaklumkan secara rasmi Isnin ini," katanya.
PRU-14 menyaksikan penguasaan 60 tahun BN berkubur apabila hanya menang 79 daripada 222 kerusi Parlimen, selain hilang penguasaan di beberapa negeri seperti Kedah, Terengganu, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. #sumber
Appear first on Harian Melayu
Demikianlah Artikel BN Pulau Pinang Mendesak Najib Meletak Jawatan Presiden UMNO
Sekianlah artikel BN Pulau Pinang Mendesak Najib Meletak Jawatan Presiden UMNO kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel BN Pulau Pinang Mendesak Najib Meletak Jawatan Presiden UMNO dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2018/05/bn-pulau-pinang-mendesak-najib-meletak.html