Judul : Calon Bebas Yang Bertanding Di "Parlimen Pekan", Sedia Di Pecat PKR !
link : Calon Bebas Yang Bertanding Di "Parlimen Pekan", Sedia Di Pecat PKR !
Calon Bebas Yang Bertanding Di "Parlimen Pekan", Sedia Di Pecat PKR !
PEKAN: Calon Bebas bagi Parlimen Pekan Datuk Paduka Abdul Kadir Sainuddin sedia dipecat PKR kerana meneruskan hasratnya bertanding kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Ahli perniagaan itu berkata keputusannya bertanding di kubu kuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dibuat atas kehendak sendiri kerana mahu memberikan pilihan kepada pengundi di situ.
"Saya fikir tidak ada masalah jika dipecat pun daripada menjadi ahli PKR...tindakan saya (bertanding) adalah atas kehendak sendiri dan disokong penuh oleh rakan-rakan rapat.
"Ini adalah negara demokrasi dan semua yang mahu bertanding boleh berbuat demikian," katanya kepada pemberita selepas melawat Kampung Orang Asli Sungai Miang di sini, hari ini.
Abdul Kadir, yang berasal dari Tebrau, Johor, berkata keputusan bertanding di Parlimen Pekan adalah bagi 'mencuba nasib' sekali lagi selepas tewas pada pilihan raya umum lalu di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sedili.
Pada masa itu, Abdul Kadir yang mewakili PKR tewas kepada calon Barisan Nasional (BN) Rasman Ithnain yang mempertahankan kerusi itu dengan majoriti 18,127 undi.
"Saya percaya peluang dalam bidang politik masih ada dan PRU14 akan menjadi permulaan baharu bertapak dalam arena politik," katanya.
Mengulas mengenai pendekatan kempennya, Abdul Kadir berkata beliau menggunakan sepenuhnya media sosial seperti Facebook dan WhatsApp untuk mendekati pengundi.
Beliau turut bertemu pengundi dan menyampaikan bantuan seperti yang dilakukannya kepada 50 penduduk Orang Asli di Sungai Miang hari ini.
"Penerimaan mereka sangat baik dan saya percaya boleh memperoleh kira-kira 20 peratus undi daripada kumpulan yang masih di atas pagar.
"Walaupun saya bukan orang tempatan, rasanya ia bukanlah satu isu...saya percaya penduduk di sini boleh membuat keputusan siapa yang mereka mahu," katanya.
Kerusi Parlimen Pekan menyaksikan pertembungan empat penjuru antara Najib, Abdul Kadir serta calon PKR-PPBM Mohamad Zahid Md Arip dan calon PAS Kapten (B) Athiatudin Daud.
Najib menjadi wakil rakyat bagi kawasan Parlimen Pekan sejak 1976. #sumber
Appear first on Harian Melayu
Demikianlah Artikel Calon Bebas Yang Bertanding Di "Parlimen Pekan", Sedia Di Pecat PKR !
Sekianlah artikel Calon Bebas Yang Bertanding Di "Parlimen Pekan", Sedia Di Pecat PKR ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Calon Bebas Yang Bertanding Di "Parlimen Pekan", Sedia Di Pecat PKR ! dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2018/05/calon-bebas-yang-bertanding-di-parlimen.html