Judul : Daim Zainuddin: 'Tukar' Kerajaan, Jangan Biarkan GST Tekan Rakyat
link : Daim Zainuddin: 'Tukar' Kerajaan, Jangan Biarkan GST Tekan Rakyat
Daim Zainuddin: 'Tukar' Kerajaan, Jangan Biarkan GST Tekan Rakyat
HULU KELANG Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin menyifatkan perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dilakukan kerajaan sebagai ‘Goverment Suka Tipu’.
Katanya, ini diakui sendiri Menteri, Datuk Ahmad Maslan yang sebelum ini menyatakan bahawa pelaksanaan GST akan menurunkan harga barang.
“Ini semua berita palsu (fake news), sebab itu Kerajaan wujudkan Akta Berita Tidak Benar kerana mereka yang banyak sebarkan ‘fake news’,” katanya Himpunan Malam Semarak Tsunami Rakyat di Padang AU2, Keramat, di sini.
Sementara itu, Bekas Ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafizah Azizah berkata, menukar kerajaan umpama memberikan kontrak baru kepada pihak pengurusan menguruskan sebuah rumah.
Menurutnya, Malaysia seperti sebuah rumah, namun diuruskan oleh sebuah syarikat yang mempunyai rekod ‘F’ atau gagal dalam kad laporan pengurusan.
“Semua dalam tangan kita, PRU seperti nak buat kontrak mengurus baru untuk rumah kita (Malaysia).
“Begitu lama dari zaman Perikatan hingga Barisan Nasional (BN)
“Rumah dah bocor, pinggan mangkuk dicuri. Pengurusan yang ada sekarang tidak boleh pakai. Kena tukar syarikat baru,” katanya.
Katanya, PAKATAN merupakan ‘syarikat’ yang layak untuk menguruskan Malaysia dengan rekod pentadbiran cemerlang sejak 10 tahun lalu. #sumber
Appear first on Harian Melayu
Demikianlah Artikel Daim Zainuddin: 'Tukar' Kerajaan, Jangan Biarkan GST Tekan Rakyat
Sekianlah artikel Daim Zainuddin: 'Tukar' Kerajaan, Jangan Biarkan GST Tekan Rakyat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Daim Zainuddin: 'Tukar' Kerajaan, Jangan Biarkan GST Tekan Rakyat dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2018/05/daim-zainuddin-tukar-kerajaan-jangan.html