Judul : Pemimpin Kanan Barisan Nasional Tumbang Dibeberapa Buah Kerusi Parlimen
link : Pemimpin Kanan Barisan Nasional Tumbang Dibeberapa Buah Kerusi Parlimen
Pemimpin Kanan Barisan Nasional Tumbang Dibeberapa Buah Kerusi Parlimen
Antaranya ialah Pengerusi Felda yang mempertahankan kerusi Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad, kalah kepada muka baru Akmal Nasir.
Turut diketepikan ialah Presiden MIC Datuk Seri S Subramaniam di Segamat.
Sementara itu di Labis dan Muar kejutan yang berlaku tidak kurang hebatnya.
Di Labis naib presiden MCA Datuk Chua Tee Yong kalah di kerusi yang sebelum ini dikuasai BN.
Tee Yong yang sebelum ini berkhidmat sebagai timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri tunduk kepada calon Pakatan Harapan, Pang Hok Liong.
Untuk rekod Pang ialah bekas pengerusi DAP Johor.
Dalam PRU ke-13 Tee Yong mengalahkan calon DAP S Ramakrishnan dengan majoriti tipis 353 undi.
Tee Yong ialah anak bekas presiden MCA Tan Sri Chua Soi Lek yang tidak lagi bertanding mempertahankan kerusi berkenaan pada 2008.
Ketika kali pertama bertanding di kerusi Labis Tee Yong memenangi kerusi berkenaan dengan kelebihan undi 4,094 undi.
Dia mengalahkan calon DAP Teo Eng Ching.
Muar pula menyaksikan Ketua Pemuda BERSATU Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengetepikan bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim. #sumber
Appear first on Harian Melayu
Demikianlah Artikel Pemimpin Kanan Barisan Nasional Tumbang Dibeberapa Buah Kerusi Parlimen
Sekianlah artikel Pemimpin Kanan Barisan Nasional Tumbang Dibeberapa Buah Kerusi Parlimen kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pemimpin Kanan Barisan Nasional Tumbang Dibeberapa Buah Kerusi Parlimen dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2018/05/pemimpin-kanan-barisan-nasional-tumbang.html