SPR Gunakan "Helikopter", Untuk Angkut Peti Undi Di Ulu Tembeling

SPR Gunakan "Helikopter", Untuk Angkut Peti Undi Di Ulu Tembeling - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul SPR Gunakan "Helikopter", Untuk Angkut Peti Undi Di Ulu Tembeling, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : SPR Gunakan "Helikopter", Untuk Angkut Peti Undi Di Ulu Tembeling
link : SPR Gunakan "Helikopter", Untuk Angkut Peti Undi Di Ulu Tembeling

Baca juga


SPR Gunakan "Helikopter", Untuk Angkut Peti Undi Di Ulu Tembeling


JERANTUT:  Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terpaksa menggunakan perkhidmatan helikopter untuk menghantar dan mengambil peti undi di pedalaman Ulu Tembeling, di sini pada proses Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) hari ini.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Jerantut, Datuk Tengku Nur Asmaliza Ku Lah berkata, peti undi yang terlibat adalah di pusat mengundi Kampung Pagi, Gusai, Kampung Bantal, Kampung Mat Daling dan Kuala Sat.

"Kelima-lima pusat mengundi ini terletak di kawasan pedalaman dan jaraknya sangat jauh dari pusat penjumlahan undi di Dewan Majlis Daerah Jerantut (MDJ).

"Penduduk di sana hanya menggunakan bot dan pacuan empat roda untuk ke pusat bandar. Jadi, kita terpaksa menggunakan helikopter untuk menjimatkan masa serta ia lebih selamat," katanya.

Beliau berkata demikian selepas memberi taklimat dan meninjau persiapan terakhir 1,300 petugas SPR bersama anggota polis di Dewan MDJ di sini hari ini.

Menurut beliau, dianggar 63,000 pemilih berdaftar di kawasan tersebut akan keluar membuang undi di 54 pusat mengundi bagi memilih wakil rakyat di kerusi Parlimen dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Pengundi di Jerantut dinasihatkan keluar mengundi awal dan kami juga berharap proses pengudian berjalan lancar tanpa sebarang perkara tidak diingini," katanya. #sumber


Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel SPR Gunakan "Helikopter", Untuk Angkut Peti Undi Di Ulu Tembeling

Sekianlah artikel SPR Gunakan "Helikopter", Untuk Angkut Peti Undi Di Ulu Tembeling kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel SPR Gunakan "Helikopter", Untuk Angkut Peti Undi Di Ulu Tembeling dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2018/05/spr-gunakan-helikopter-untuk-angkut.html

Subscribe to receive free email updates: