Judul : Suresh Kumar 'PSM' Calon Terbaik Cameron Highlands, Telah Berjaya Tangani Lebih 400 Kes Sejak 14 Tahun Lalu
link : Suresh Kumar 'PSM' Calon Terbaik Cameron Highlands, Telah Berjaya Tangani Lebih 400 Kes Sejak 14 Tahun Lalu
Suresh Kumar 'PSM' Calon Terbaik Cameron Highlands, Telah Berjaya Tangani Lebih 400 Kes Sejak 14 Tahun Lalu
CAMERON HIGHLANDS: Calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) bagi kerusi Parlimen Cameron Highlands, Suresh Kumar telah menangani lebih 400 kes di kawasan ini sejak 14 tahun lepas
Isu-isu berkaitan petani/pekebun, kebajikan, insfrustruktur, rumah, kes polis, pekerja, alam sekitar, pendidikan, gerai/bisnes dan keluarga.
Suresh kini adalah merupakan Ahli Jawatankuasa Pusat PSM dan Setiausaha Cawangan Cameron Highlands. Memiliki Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Mekatronik) dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Mula bergiat sebagai aktivis PSM dan memberi khidmat kepada rakyat di Cameron Highlands sejak tahun 2004.
Belliau juga pernah terlibat dalam kempen tempatan, seperti Bantahan terhadap jalan sehala di Brinchang (mengumpul tandatangan daripada 500 orang penduduk dan menyerah memorandum kepada pihak berkuasa), mengumpul 1000 tandatangan penduduk Ringlet dan Lembah Bertam untuk mendesak Menteri Kerja Raya supaya menurap semula Jalan Tapah-Ringlet.
Menubuhkan Jawatankuasa Tanah, Rumah dan Gerai (JTRG) untuk memperjuangkan hak untuk rakyat biasa di Cameron Hihglands. JTRG berjaya mendapatkan hakmilik tanah pertanian selama 20 tahun untuk 4 pekebun di Blue Valley, hakmilik tanah perumahan 99 tahun untuk seorang penduduk di Ringlet, sementara 12 buah keluarga lagi sedang menunggu kelulusan untuk hakmilik tanah kecil daripada Kerajaan Pahang seperti yang dijanjikan selepas JTRG mengadakan aksi protes.
Beliau berjaya memberhentikan perobohan beberapa kebun kecil di Blue Valley semasa berlakunya Ops Gading pada tahun 2015.
Ketika bersama dengan Jawatankuasa Bertindak Orang Asli (OA) Pos Lanai dalam usaha mempertahankan tanah adat mereka daripada ancaman pembinaan Empangan Telom.
Pernah terlibat dalam perjuangan nasional seperti Gerakan Mansuh ISA, kempen Bantah GST dan sebagainya.
Malah beliau turut menubuhkan Jawatankuasa Rumah Mampu (JRM) berjaya mendesak Jabatan Perdana Menteri bersetuju untuk membina 100 buah rumah mampu di Ringlet dan Tanah Rata.
Keberanian Suresh membela nasib rakyat terutamanya penduduk Cameron Highlands tidak perlu dipertikaikan lagi. Beliau bukan calon bidan terjun yang datang hanya untuk mengisi kekosongan semata-mata.
Justeru pengundi Cameron Highlands perlu memberi sokongan kepada anak muda ini agar beliau dapat bersuara dengan lebih lantang di Dewan Rakyat kelak.
Suresh akan bertanding lima penjuru dengan menentang calon BN, Datuk C. Sivarrajh, Wan Mahadir Wan Mahmud (PAS), M. Manogaran (PH) dan Mohd. Tahir Kassim (Berjasa) pada PRU14 ini.
PRU13 lalu, kerusi Parlimen Cameron Highlands dimenangi oleh bekas presiden MIC Datuk Seri G Palanivel dengan hanya 462 undi pada tahun 2013 menewaskan calon DAP M Manogaran. #PDO
Appear first on Harian Melayu
Demikianlah Artikel Suresh Kumar 'PSM' Calon Terbaik Cameron Highlands, Telah Berjaya Tangani Lebih 400 Kes Sejak 14 Tahun Lalu
Sekianlah artikel Suresh Kumar 'PSM' Calon Terbaik Cameron Highlands, Telah Berjaya Tangani Lebih 400 Kes Sejak 14 Tahun Lalu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Suresh Kumar 'PSM' Calon Terbaik Cameron Highlands, Telah Berjaya Tangani Lebih 400 Kes Sejak 14 Tahun Lalu dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2018/05/suresh-kumar-psm-calon-terbaik-cameron.html