Tun M angkat sumpah PM ke-7 hari ini (Khamis)

Tun M angkat sumpah PM ke-7 hari ini (Khamis) - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tun M angkat sumpah PM ke-7 hari ini (Khamis), kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tun M angkat sumpah PM ke-7 hari ini (Khamis)
link : Tun M angkat sumpah PM ke-7 hari ini (Khamis)

Baca juga


Tun M angkat sumpah PM ke-7 hari ini (Khamis)


Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan majlis angkat sumpah perdana menteri akan diadakan pada Khamis.

Dalam satu sidang media kira-kira jam 3 pagi, Khamis, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengisytiharkan Pakatan Harapan telah membentuk kerajaan persekutuan apabila menang majoriti mudah 117 kerusi Parlimen.

PKR menang 101 kerusi, DAP (9) dan Warisan (7), menjadikan jumlahnya 117, sekali gus membolehkan gabungan parti itu menakluk Putrajaya.

"Esok kita akan adakan angkat sumpah perdana menteri.

"Perdana menteri akan lantik timbalannya dan menteri-menteri lain...very simple," katanya pada sidang media, awal pagi Khamis.

Turut hadir, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu.

Ini bermakna, buat pertama kali dalam sejarah berlakunya pertukaran kerajaan Persekutuan di Malaysia selepas 60 tahun Barisan Nasional memerintah.

Beliau juga membayangkan barisan kabinet yang terdiri daripada gabungan pemimpin pelbagai peringkat usia.

"Sebelum ini kita hanya menetapkan jawatan untuk PM dan TPM tapi tidak menamakan barisan menteri kabinet

"Jadi saya sekarang perlu bincang dengan keempat-empat presiden parti dan ia akan buat saya pening kepala," katanya secara berseloroh.

Ditanya mengenai kedudukan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang masih menjalani hukuman penjara, kata Dr Mahathir, bekas timbalan perdana menteri itu sepatutnya bebas pada Jun ini.

"Kita akan segerakan proses pengampunannya dan selepas itu dia boleh jadi PM, tetapi bagaimanapun perlu bertanding pilihan raya untuk jadi ahli parlimen atau sekurang-kurangnya senator untuk jadi PM," katanya.

Selain itu, menjawab satu soalan katanya, pihaknya tidak akan balas dendam terhadap sesiapa, sebaliknya sebarang tindakan adalah berasaskan undang-undang negara.



Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel Tun M angkat sumpah PM ke-7 hari ini (Khamis)

Sekianlah artikel Tun M angkat sumpah PM ke-7 hari ini (Khamis) kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tun M angkat sumpah PM ke-7 hari ini (Khamis) dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2018/05/tun-m-angkat-sumpah-pm-ke-7-hari-ini.html

Subscribe to receive free email updates: