Judul : Tan Sri "BODOH" minta PH mansuh DEB kena basuh dengan Peguam
link : Tan Sri "BODOH" minta PH mansuh DEB kena basuh dengan Peguam
Tan Sri "BODOH" minta PH mansuh DEB kena basuh dengan Peguam
Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz
d/a Tetuan Azam Aziz Shaharudinali & Co
Peguambela & Peguamcara
No 8-1(A) Jalan Sinar Sentul 1
Pusat Komersial Sinar Sentul
55110 Kuala Lumpur
Tarikh : 28 hb Jun 2018
_______________________________________
Tan Sri Ramon Navaratnam
Ahli Lembaga Pengarah
Asian Strategy & Leadership Institute (260460-D)
Khazanah ASLI
1718, Jalan Ledang
Off Jalan Tuanku Abdul Halim
50480 Kuala Lumpur
Y.Bhg Tan Sri,
Per : Kenyataan Tan Sri di Utusan Malaysia 27 Jun 2018
____________________
Adalah saya merujuk kepada perkara yang tersebut di atas dan kenyataan Tan Sri bertajuk "Kaji Semula DEB untuk bumiputera - ASLI" bertarikh 27 Jn 2018 seperti yang di laporkan Utusan Malaysia Online melalui pautan https://ift.tt/2KsPRrP.
2. Saya menulis surat ini bukan atas kapasiti saya sebagai seorang Peguam tetapi atas kapasiti saya sebagai bekas calon Bebas PRU14 di Parlimen P100 Pandan yang telah berjaya mendapat 73 undi rakyat.
3. Atas kedudukan saya yang telah di pilih sebagai wakil kepada 73 orang rakyat berkenaan, saya ingin memberikan pandangan balas saya terhadap kenyataan Tan Sri sebagaimana yang telah di laporkan oleh Utusan Malaysia berkenaan.
4. Saya ingin menyatakan kekecewaan kami terhadap kenyataan Tan Sri berkenaan kerana pandangan tersebut adalah ketinggalan zaman dan tidak di alu-alukan terutamanya dalam keadaan Tan Sri yang sepatutnya memahami sejarah DEB kerana saya percaya, dengan usia Tan Sri sekarang, pastinya Tan Sri mengalami sendiri peristiwa dan sejarah lampau bagaimana dan sebab mengapa DEB di cipta.
5. Untuk makluman Tan Sri (seandainya Tan Sri terlupa) DEB telah di gantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) pada tahun 1991 oleh YAB Dato Seri Dr Mahathir Mohammad (PM ke-4 pada ketika itu). Di sebabkan itulah saya nyatakan di perenggan 4 di atas bahawa kenyataan Tan Sri berkenaan dari satu sudut boleh di anggap sebagai ketinggalan zaman kerana hari ini Tan Sri masih bercakap tentang DEB yang telah "di matikan" pada tahun 1991 dahulu.
6. Di sebabkan DEB telah tiada hari ini, saya menjangkakan mungkin Tan Sri merujuk kepada "semangat DEB" yang masih di kekalkan dan di teruskan oleh DPN dan jika benar itu maksud Tan Sri, saya akan teruskan kritikan saya dari sudut pandang berkenaan.
7. Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu program sosioekonomi di Malaysia yang diperkenalkan dalam Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1981) oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak .
8. Matlamat tersurat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional dan ia telah digubal dalam konteks strategi serampang dua mata untuk:
i) mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum;dan
ii) mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan ketidak seimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.
9. Tan Sri juga pasti mengetahui bahawa DEB ini di lahirkan selepas peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969 dan faktor ketidakseimbangan ekonomi antara kaum adalah antara punca yang di kenalpasti telah mencetuskan tragedi berkenaan.
10. Saya berusia 41 tahun sekarang dan saya percaya sekiranya tidak berlaku tragedi 513 berkenaan, DEB tidak akan di ilhamkan. Ini bermaksud DEB lahir hasil dari pertumpahan darah dan air mata, atas faktor berkenaan, menghina DEB adalah juga penghinaan atas semangat dan roh mereka yang telah terkorban akibat tragedi berkenaan.
11. Saya tidak layak untuk memberikan syarahan berkaitan DEB kepada Tan Sri. Namun atas mandat yang telah di berikan kepada saya oleh minoriti rakyat, saya ingin menegur kenyataan Tan Sri berkenaan yang telah menghina semangat DEB.
12. Bagaimana Tan Sri boleh mencadangkan Dasar Ekonomi Malaysia Baru (DEMB) dalam keadaan matlamat DEB untuk meningkatkan penguasaan 30% ekuiti bumiputera masih belum tercapai sehingga kini?
13. Sepatutnya Tan Sri mendesak agar kerajaan Malaysia Baru membuat dasar baru bagi membolehkan pemilikan ekuiti bumiputera yang baru mencapai 18% sekarang segera mencapai sasaran 30% berkenaan.
14. Beza 12% berkenaan adalah natijah kegagalan kerajaan terdahulu untuk mencapai sasaran DEB dan Malaysia Baru seharusnya membuat dasar untuk mencapai sasaran 30% berkenaan.
15. Cadangan DEMB berkenaan yang ingin merangkumi semua kaum atas istilah "inklusif" juga adalah tidak bertepatan dengan kritikan Tan Sri terhadap DEB kerana DEB itu sendiri telah bersifat inklusif apabila DEB turut menetapkan sasaran pegangan ekuiti 40% untuk bukan bumiputera. Baki 30% lagi adalah sasaran DEB untuk pegangan asing. Tidak timbul isu "DEB eksklusif bumiputera" seperti yang cuba Tan Sri gambarkan melalui cadangan berkenaan.
16. Tan Sri sebagai seorang pakar ekonomi mungkin boleh menilai cadangan balas saya bahawa sepatutnya Kerajaan Malaysia Baru harus memperbesarkan kek ekonomi agar pemilikan 40% ekuiti bukan bumiputera dapat bersifat "inklusif" untuk semua kaum selain bumiputera selaras dengan pertambahan jumlah rakyat bukan bumiputera selepas 61 tahun kemerdekaan negara dan bukannya "mencuri" 12% dari kuota asal bumiputera yang belum dapat di penuhi untuk di berikan pula kepada bukan bumiputera.
17. Saya memahami kenyataan Tan Sri berkenaan di buat dari sudut untuk mengambil kesempatan atas pembentukan kerajaan Malaysia Baru berikutan keputusan PRU14 baru-baru ini dengan peluang yang ada, Tan Sri mengemukakan satu cadangan untuk pertimbangan kerajaan yang sedang tercogak-congak formula berkesan untuk kelestarian pembangunan negara.
18. Walaupun begitu, suka saya mengingatkan Tan Sri dan mana-mana pihak lain, dalam keghairahan kita memberikan pandangan kepada Kerajaan baru, jangan sesekali kita lupa kepada sejarah lampau. Kita tidak akan berada di sini hari ini jika tidak kerana sejarah kita yang lampau. Namun, walau selama mana pun usia sejarah berkenaan, kita akan di hukum berkali-kali jika kita tidak belajar dari sejarah.
19. Persamaan tahun 2018 dan 1969 adalah kita masih berbilang kaum dan bumiputera masih ketinggalan dari segi ekonomi berbanding kaum-kaum lain.
20. Di sebabkan persamaan itu, semangat DEB masih relevan dan perlu di pertahankan malah di perkasakan oleh kerajaan baru yang terbina berasaskan kerangka Perlembagaan yang sama seperti tahun 1969 dahulu.
21. Akhir kata, saya berharap agar Tan Sri jangan lagi mengeluarkan pendapat yang bersifat rasis sebegini pada masa akan datang kerana Tan Sri juga akan berpotensi menerima reaksi balas bersifat rasis juga dari kaum lain seperti peribahasa "you reap what you sow".
Sekian dan terima kasih.
.......
Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz
0129770412
Oleh:
BUZZE AZAM
Appear first on Harian Melayu
Demikianlah Artikel Tan Sri "BODOH" minta PH mansuh DEB kena basuh dengan Peguam
Sekianlah artikel Tan Sri "BODOH" minta PH mansuh DEB kena basuh dengan Peguam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tan Sri "BODOH" minta PH mansuh DEB kena basuh dengan Peguam dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2018/06/tan-sri-bodoh-minta-ph-mansuh-deb-kena.html