Judul : (CELAKA & BIADAP) Sistem Beraja sudah kuno kata aktivis PH
link : (CELAKA & BIADAP) Sistem Beraja sudah kuno kata aktivis PH
(CELAKA & BIADAP) Sistem Beraja sudah kuno kata aktivis PH
BANGI, 25 Syawal 1439H, Isnin – Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana, menyifatkan kenyataan aktivis Pakatan Harapan (PH), Fadiah Nadwa Fikri memperlekehkan institusi diraja di negara ini sebagai satu dakyah liberalisme yang beriman kepada negara republik.
Menyifatkan peguam itu tidak memahami sejarah negara dan pembentukan Malaysia, Timbalan Presiden Isma, Haji Aminuddin Yahaya berkata, kenyataan Fadiah juga adalah cubaan menanam kebencian rakyat terhadap raja.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan aktivis PH itu yang mempertikaikan kewujudan sistem beraja di Malaysia yang pada pendapatnya sudah ketinggalan zaman dan tidak boleh lagi diterima atau dipertahankan.
Fadiah berkata, meletakkan satu kelas manusia lebih tinggi daripada manusia lain hanya kerana mereka dilahirkan di kalangan golongan bangsawan adalah satu pemikiran yang memualkan – satu pemikiran yang bertentangan dengan nilai kebebasan dan martabat insani.
Mengulas lanjut, Haji Aminuddin menegaskan, menghormati raja bukan bermakna meletakkan mereka di kelas yang lain.
Malah, katanya, Islam juga mengajar umatnya untuk menghormati orang tua, pemimpin, orang berilmu, apatah lagi raja.
“Ini tidak bertentangan dengan Islam. Zaman khalifah dulu pun ada penghormatan sedemikian dan ia dianggap akhlak yang baik.
“Malah, bukan Malaysia saja ada raja tapi Jepun, England, Sepanyol, Arab Saudi dan lain-lain negara Arab. Sehingga kini masih relevan dan ada yang lebih maju daripada banyak negara-negara yang tidak beraja.
“Negara yang tidak beraja juga bukan tiada masalah, malah ada yang lebih teruk dari segi akhlak, sosial dan lain-lain seperti Amerika Syarikat dan lain-lain,” katanya.
Beliau menegaskan, mempertahankan institusi raja bukanlah bersifat peribadi walaupun ada kelemahan.
“Itu kita harap raja-raja boleh baiki, tetapi yang penting institusi sebagai lambang raja berperlembagaan yang diamanahkan untuk menjaga agama dan bangsa Melayu,” katanya.
Appear first on Harian Melayu
Demikianlah Artikel (CELAKA & BIADAP) Sistem Beraja sudah kuno kata aktivis PH
Sekianlah artikel (CELAKA & BIADAP) Sistem Beraja sudah kuno kata aktivis PH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel (CELAKA & BIADAP) Sistem Beraja sudah kuno kata aktivis PH dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2018/07/celaka-biadap-sistem-beraja-sudah-kuno.html