Judul : HIMPUNAN Bantah DAP PERKUDAKAN Tun M, 16 Julai di Pakir Bukit Aman
link : HIMPUNAN Bantah DAP PERKUDAKAN Tun M, 16 Julai di Pakir Bukit Aman
HIMPUNAN Bantah DAP PERKUDAKAN Tun M, 16 Julai di Pakir Bukit Aman
Badan bukan kerajaan (NGO) yang dikenali sebagai Pemantau Malaysia Baru akan menganjurkan perhimpunan pada 16 Julai ini sebagai tanda sokongan terhadap Yang di-Pertuan (YDP) Agong dan membantah pemerintahan DAP yang didakwa memperkudakan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Presidennya, Datuk Lokman Noor Adam berkata himpunan itu akan bermula dari lot parkir Bukit Aman, dan akan berarak ke Parlimen.
“Kita akan berkumpul jam 8 pagi di lot parkir Bukit Aman sempena keberangkatan YDP Agong angkat sumpah ahli parlimen.
“Kami akan mula berarak ke Parlimen jam 8.30 pagi. Semua rakyat Malaysia dijemput hadir dengan membawa pita pelekat dan tali. Kita tidak akan menjerit atau terpekik terlolong kali ini.
“Sebagai simbolik hilangnya hak Agong untuk bersuara dan menjalankan tanggungjawab baginda mempertahankan Islam dan kepentingan bangsa Melayu, kita akan berarak dengan mulut ditutup dengan pita pelekat dan tangan diikat,” katanya dalam satu kenyataan.
Lokman berkata adakah umat Islam masih buta dan tidak nampak agama, bangsa tanah air serta kedudukan raja-raja Melayu sudah terancam dan mendakwa kerajaan melaksanakan Malaysian Malaysia DAP.
“Sudahlah Peguam Negara juga Kristian, menteri agama pun datang dari puak liberal Amanah, selepas ini pula bapa Lim Guan Eng akan diangkat sebagai speaker Dewan Rakyat.
“Kalau umat Islam masih buta dan tidak nampak kebinasaan kepada agama Islam, kepentingan Melayu, tanah air dan kedudukan raja-raja Melayu, tiada apa lagi yang dapat saya perkatakan. Sampai bila kita hanya mahu menentang kebatilan dengan hati,” katanya.
Lokman berkata kesan yang dihadapi rakyat adalah sikap ingin mencuba sesuatu yang tidak pasti.
Katanya, walaupun perdana menteri itu Melayu dan beragama Islam, namun apabila pemimpin parti yang hanya mempunyai 13 kerusi diangkat sebagai perdana menteri, beliau memerintah mengikut kehendak 42 orang ahli parlimen DAP yang meletakkan pisau dilehernya.
“Sempena ulang tahun Dr Mahathir yang ke-93 ini, mari kita doakan semoga Allah memanjangkan usianya, memurahkan rezekinya dan membuka hatinya untuk kembali ke jalan Allah.
“Moga beliau diberikan hidayah untuk menyatukan hati ahli-ahli parlimen Islam di Malaysia bagi membentuk sebuah kerajaan campuran baru yang bebas DAP demi menyelamatkan agama, bangsa, tanah air dan raja-raja Melayu,” katanya.
Appear first on Harian Melayu
Demikianlah Artikel HIMPUNAN Bantah DAP PERKUDAKAN Tun M, 16 Julai di Pakir Bukit Aman
Sekianlah artikel HIMPUNAN Bantah DAP PERKUDAKAN Tun M, 16 Julai di Pakir Bukit Aman kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel HIMPUNAN Bantah DAP PERKUDAKAN Tun M, 16 Julai di Pakir Bukit Aman dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2018/07/himpunan-bantah-dap-perkudakan-tun-m-16.html