[INI BETUL] Timbalan MB Kelantan: Kahwin bawah umur terpencil, fokus LGBT

[INI BETUL] Timbalan MB Kelantan: Kahwin bawah umur terpencil, fokus LGBT - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [INI BETUL] Timbalan MB Kelantan: Kahwin bawah umur terpencil, fokus LGBT, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [INI BETUL] Timbalan MB Kelantan: Kahwin bawah umur terpencil, fokus LGBT
link : [INI BETUL] Timbalan MB Kelantan: Kahwin bawah umur terpencil, fokus LGBT

Baca juga


[INI BETUL] Timbalan MB Kelantan: Kahwin bawah umur terpencil, fokus LGBT

KOTA BHARU: Kerajaan Persekutuan dan masyarakat diseru untuk memberi perhatian dalam isu membabitkan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) serta persetubuhan haram daripada lebih membicarakan mengenai perkahwinan kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dengan pasangannya berumur 41 tahun di Gua Musang, baru-baru ini.
Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata isu LGBT dan persetubuhan haram adalah lebih besar berbanding kes perkahwinan itu yang disifatkannya sebagai terpencil.
Isu ini (perkahwinan kanak-kanak) tidak salah dari segi agama (Islam)…tidak sepatutnya isu ini disensasi dan dijadikan sebagai satu isu negara dan perkara ini pula kes terpencil.
“Bukan semua orang kahwin dengan budak umur 11 tahun tapi isu LGBT, persetubuhan haram dan anak luar nikah berlaku di merata-rata, dah jadi satu fenomena dalam negara. Ini sepatutnya menjadi kebimbangan kepada kerajaan dan masyarakat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Exco di Kompleks Kota Darul Naim, hari ini.
Mohd Amar berkata walaupun kerajaan negeri mengambil berat terhadap kes berkenaan, mereka tidak memberi reaksi berlebih-lebih terhadap perkara tersebut.
Pertama, perkahwinan itu berlaku di luar Kelantan, itu isu yang kita kena faham dahulu…ia tidak berlaku di Kelantan. Cuma kerajaan negeri menyerahkan perkara ini kepada Jaheaik (Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan) untuk menguruskan kes ini kerana itu di bawah bidang kuasa mereka.
“Jadi kita tengoklah apa tindakan yang sepatutnya (dikenakan terhadap pasangan tersebut jika melakukan kesalahan). Kalau ada apa-apa cadangan, Jaheaik akan kemukakan kepada kerajaan negeri,” katanya.
Sebelum ini, beberapa keping gambar menunjukkan seorang lelaki melangsungkan perkahwinan dengan seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun sebagai isteri ke-3nya, tular di media sosial sejak Jumaat lepas setelah perkara itu dikongsikan isteri ke-2 lelaki terbabit.
Berikutan itu, pengguna laman sosial pelbagai lapisan masyarakat mengecam tindakan lelaki terbabit dan berpendapat ia tidak sepatutnya berlaku. - fmt


Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel [INI BETUL] Timbalan MB Kelantan: Kahwin bawah umur terpencil, fokus LGBT

Sekianlah artikel [INI BETUL] Timbalan MB Kelantan: Kahwin bawah umur terpencil, fokus LGBT kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [INI BETUL] Timbalan MB Kelantan: Kahwin bawah umur terpencil, fokus LGBT dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2018/07/ini-betul-timbalan-mb-kelantan-kahwin.html

Subscribe to receive free email updates: