[MAKIN KELIRU] Hujah Mufti Perlis kata LGBT berdosa tapi tidak jadikan mereka Kafir MENGELIRUKAN

[MAKIN KELIRU] Hujah Mufti Perlis kata LGBT berdosa tapi tidak jadikan mereka Kafir MENGELIRUKAN - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [MAKIN KELIRU] Hujah Mufti Perlis kata LGBT berdosa tapi tidak jadikan mereka Kafir MENGELIRUKAN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [MAKIN KELIRU] Hujah Mufti Perlis kata LGBT berdosa tapi tidak jadikan mereka Kafir MENGELIRUKAN
link : [MAKIN KELIRU] Hujah Mufti Perlis kata LGBT berdosa tapi tidak jadikan mereka Kafir MENGELIRUKAN

Baca juga


[MAKIN KELIRU] Hujah Mufti Perlis kata LGBT berdosa tapi tidak jadikan mereka Kafir MENGELIRUKAN


LGBT: Hujah Dr Asri Mengelirukan

1. Dalam isu LGBT ini kita perlu faham bahawa kita berhadapan dengan satu gerakan antarabangsa yang sangat kuat dan oleh kerananya kita tidak boleh naif, terlalu bersangka baik, hanya membuka ruang dialog dan tidak berani langsung untuk mengambil tindakan tegas berdasarkan peruntukan perundangan sedia ada.

2. Golongan ini tidak lagi mengamalkan LGBT secara sembunyi dan bersendirian diruang peribadi, tetapi berani mengiklankan aktiviti mereka di ruang awam, mempromosikan, menyebar dakyah dan fahaman mereka agar menjadi arus perdana, dan diterima umum. Gerakan mereka mendapat sokongan hebat daripada pejuang hak asasi manusia antarabangsa.

3. Dr. Asri menegaskan bahawa perbuatan mereka itu hanya berdosa, dosa peribadi, dan pintu taubat sentiasa terbuka untuk mereka. Oleh itu mereka hanyalah pelaku dosa dan tidak jatuh kafir. Sedangkan hak mereka sebagai seorang insan perlu dilindungi dan dihormati. Hujah ini memberi kesan bahawa pihak berkuasa tidak perlu membuat sekatan dan kawalan ke atas mereka, segala aktiviti mereka merupakan suatu hak yang dilindungi oleh undang-undang. Benarkah demikian?

4. Sebenarnya kita ada peruntukan perlembagaan yang meletakkan Islam sebagai agama negara, kita ada Jakim dan majlis fatwa kebangsaan, kita ada Majlis agama negeri di bawah para sultan, dan majlis fatwa negeri. Perundangan negara dan negeri jelas bukan hanya mengharamkan LGBT bahkan menghukum pengamal LGBT. Atas dasar perundangan sedia ada ini orang Islam di negara ini yang melakukan perzinaan, minum arak akan ditangkap dan dipenjarakan. Peruntukan perundangan ini dianggap kolot dan menindas golongan ini. Dan mereka berusaha untuk menghapuskannya. Maka tidak sewajarnya negara yang mengaku sebagai negara Islam ini memberi ruang kepada gerakan ini untuk berleluasa dan memberi tekanan kepada umat Islam agar mengiktiraf mereka dan membelakangi peruntukan perundangan sedia ada.

5. Hujah Dr Asri di atas juga mengelirukan kerana menekankan bahawa golongan LGBT ini hanyalah pelaku dosa, tidak sampai jatuh kafir. Seolah-olah itu adalah isu utamanya, sedangkan tiada seorang pun di kalangan penentang LGBT yang mengatakan golongan LGBT ini jatuh kafir semata-mata dengan mengamalkan LGBT. Hujah seperti ini di dalam ilmu logic dikenali dengan "straw man", atau dalam ilmu Mantiq disebut dengan "jadaliyyah khitabiyyah", iaitu membuat andaian yang palsu terhadap pihak lawan untuk memberi gambaran yang buruk tentang pihak lawan bicara. Maka persoalan sama ada mereka ini kafir atau tidak itu bukan isunya. Persoalan yang perlu ditekankan adalah apakah umat Islam di negara ini perlu tunduk terhadap tuntutan golongan ini untuk menganggapnya sebagai hak individu yang mesti dihormati oleh semua pihak, meletakkan golongan ini sama rata dengan orang Islam yang lain, meskipun bertentangan dengan prinsip Islam dan perundangan sedia ada?

Dalam posting saya semalam telah saya jelaskan keperluan untuk mengawal dan menyekat aktiviti golongan ini untuk kemaslahatan umum.

oleh:


Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel [MAKIN KELIRU] Hujah Mufti Perlis kata LGBT berdosa tapi tidak jadikan mereka Kafir MENGELIRUKAN

Sekianlah artikel [MAKIN KELIRU] Hujah Mufti Perlis kata LGBT berdosa tapi tidak jadikan mereka Kafir MENGELIRUKAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [MAKIN KELIRU] Hujah Mufti Perlis kata LGBT berdosa tapi tidak jadikan mereka Kafir MENGELIRUKAN dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2018/07/makin-keliru-hujah-mufti-perlis-kata.html

Subscribe to receive free email updates: