Temu Ramasamy : Mufti Perlis: Isu LTTE BELUM Selesai, Tunggu PDRM Siasat

Temu Ramasamy : Mufti Perlis: Isu LTTE BELUM Selesai, Tunggu PDRM Siasat - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Temu Ramasamy : Mufti Perlis: Isu LTTE BELUM Selesai, Tunggu PDRM Siasat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Temu Ramasamy : Mufti Perlis: Isu LTTE BELUM Selesai, Tunggu PDRM Siasat
link : Temu Ramasamy : Mufti Perlis: Isu LTTE BELUM Selesai, Tunggu PDRM Siasat

Baca juga


Temu Ramasamy : Mufti Perlis: Isu LTTE BELUM Selesai, Tunggu PDRM Siasat


OLEH: Dr. Maza

Apakah Hasil Pertemuan Dr MAZA dengan Dr Ramasamy di Putrajaya Tadi? 

Saya ingin menjelaskan bahawa saya telah memilih untuk hadir dalam pertemuan tersebut. Ini kerana sikap  sanggup berjumpa dan menyatakan pendapat merupakan sikap yang sepatutnya dan ia satu sikap yang bertamadun. Apabila ada pihak yang ingin perundingan dan mencari jalan penyelesaian, kita wajar menyahut hasrat ini. Ini seperti yang dinaskan dalam al-Quran. 

Apakah hasil pertemuan tadi? 

Sekurang-kurangnya TIGA perkara dipersetujui; 

1. Isu LTTE : Sepakat bersetuju bahawa isu itu merupakan isu keselamatan negara. Ini bukan isu peribadi antara kami. Pertemuan tadi bukan platform penentu siapa yang sabit atau siapa yang dibersihkan. Hak penentu dalam isu LTTE ialah pihak polis. Kita membiarkan hal itu di bawah siasatan polis. Kita menunggu kenyataan PDRM. Maka, pertemuan tersebut tidak membincangkan tentang status LTTE dan orang yang terlibat dengannya. Kita serah dan menanti siasatan PDRM. 

2. Isu Dr Zakir Naik: Isu ini diminta jangan dibangkitkan lagi. Serah sahaja kepada pihak Kerajaan. Kabinet telah memutuskannya seperti yang dimaklumkan oleh YAB PM. Maka, tidak perlu dibangkitkan lagi. Apa yang penting, semua penceramah dari semua agama hendaklah mengikut peraturan negara dan tidak menimbulkan apa-apa konflik antara penganut agama dan kaum. 

3. Majlis Keharmonian Agama dan Kaum: Satu platform yang membolehkan tokoh-tokoh pelbagai agama bertemu dan berunding dalam isu-isu yang membabitkan keharmonian antara agama dan kaum perlu diwujudkan. Semua pihak jangan menimbulkan sebarang provokasi yang boleh menegangkan hubungan antara penganut agama dan kaum. Bawa ke meja rundingan terlebih dahulu. Saluran melalui platform tersebut diharapkan dapat membantu ke arah Malaysia yang lebih harmoni dan damai. 

Suasana Pertemuan 

Pertemuan berlaku dengan baik dan hormat menghormati di meja perundingan. Diharapkan ia dapat memberikan mesej kepada pihak lain agar jangan menimbulkan ketegangan antara agama dan kaum dalam negara ini. Fokus kepada bina negara. 

Kesepakatan tiga perkara tersebut bukanlah diputuskan oleh YB Datuk Dr Mujahid, sebaliknya ia diputuskan bersama.


Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel Temu Ramasamy : Mufti Perlis: Isu LTTE BELUM Selesai, Tunggu PDRM Siasat

Sekianlah artikel Temu Ramasamy : Mufti Perlis: Isu LTTE BELUM Selesai, Tunggu PDRM Siasat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Temu Ramasamy : Mufti Perlis: Isu LTTE BELUM Selesai, Tunggu PDRM Siasat dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2018/07/temu-ramasamy-mufti-perlis-isu-ltte.html

Subscribe to receive free email updates: