Ribuan peserta hadir pada Himpunan Suara Ummah peringkat Melaka

Ribuan peserta hadir pada Himpunan Suara Ummah peringkat Melaka - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ribuan peserta hadir pada Himpunan Suara Ummah peringkat Melaka, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ribuan peserta hadir pada Himpunan Suara Ummah peringkat Melaka
link : Ribuan peserta hadir pada Himpunan Suara Ummah peringkat Melaka

Baca juga


Ribuan peserta hadir pada Himpunan Suara Ummah peringkat Melaka


MELAKA, 6 Zulhijjah 1439H, Sabtu– Laungan ‘Hidup Melayu’ dan ‘Hidup Islam, hari ini bergema di pekarangan Stadium Hang Tuah, di sini, tatkala ribuan peserta Himpunan Suara Ummah berkumpul untuk ‘memberi amaran’ kepada kerajaan yang memerintah Malaysia sekarang.
Perhimpunan aman, yang rata-rata disertai orang Melayu dan umat Islam itu, adalah yang kedua seumpamanya, selepas pertama kali dijayakan di padang Kelab Sultan Sulaiman Kuala Lumpur, Julai lalu.
Ribuan peserta berkumpul di dua lokasi berbeza – Masjid Kampung Hulu dan Masjid Pengkalan Lama – sebelum berarak membawa sepanduk sambil menggemakan takbir menuju ke pekarangan Stadium Hang Tuah.
Setiausaha Sekretariat Suara Ummah Melaka, Mohd Najib bin Latif, berkata perhimpunan itu bukan sahaja disertai penduduk Melaka, malah sesetengah daripada mereka juga datang dari Negeri Sembilan dan Selangor.
“Kita menyasarkan kehadiran sekitar 5,000 peserta, dan mereka inilah suara-suara yang masih mempunyai kesedaran, bahawa keadaan pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 tidak memihak kepada Melayu dan Islam.
“Sejak kerajaan baru memerintah, pihak-pihak tertentu dalam kerajaan, dilihat semakin biadap dan berani memijak kesucian agama dan kedaulatan bangsa. Maka perhimpunan ini adalah sebagai amaran, bahawa Melayu Islam tidak berdiam diri,” katanya kepada Ismaweb.net, ketika ditemui, hari ini.
Dalam perhimpunan yang mula berlansung sekitar jam 3 petang itu, kira-kira 20 wakil pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan, tampil berucap.
Antara mereka termasuk pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah, yang datang dari Terengganu untuk bersama-sama menyuarakan kebimbangan terhadap elemen anti-Islam dan anti-Melayu yang membiak pada masa kini.
“Kini, orang yang ada hak, apabila mereka bersuara mempertahankan haknya, mereka dilabel rasis. Sebaliknya, apabila orang yang tak ada hak, menuntut hak mereka, itu dirasionalisasikan atas asbab hak asasi! Saya tak tahu, politik jenis apakah yang dimainkan ini,” katanya.
Dalam perhimpunan itu, satu resolusi ‘Himpunan Suara Ummah Melaka’ diagihkan, dan satu salinan akan diserahkan kepada Tuan Yang Dipertua Negeri Melaka.


Terdapat 10 perkara dalam resolusi itu, yang menekankan agenda memartabatkan kembali kesucian agama Islam, bangsa Melayu dan institusi raja. - ismaweb


Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel Ribuan peserta hadir pada Himpunan Suara Ummah peringkat Melaka

Sekianlah artikel Ribuan peserta hadir pada Himpunan Suara Ummah peringkat Melaka kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ribuan peserta hadir pada Himpunan Suara Ummah peringkat Melaka dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2018/08/ribuan-peserta-hadir-pada-himpunan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :