Menteri: HARGA telur gred B, C NAIK selepas 18 hari SST

Menteri: HARGA telur gred B, C NAIK selepas 18 hari SST - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Menteri: HARGA telur gred B, C NAIK selepas 18 hari SST, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Menteri: HARGA telur gred B, C NAIK selepas 18 hari SST
link : Menteri: HARGA telur gred B, C NAIK selepas 18 hari SST

Baca juga


Menteri: HARGA telur gred B, C NAIK selepas 18 hari SST


KAJANG: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Saifuddin Nasution Ismail mengakui harga telur gred B dan C meningkat selepas cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dilaksanakan 1 September lalu.
Beliau berkata telur gred B dan C itu merupakan antara 30 barangan harian yang paling banyak dibeli oleh pengguna di pasar raya di seluruh negara.
“Dalam tempoh 18 hari ini, saya meninjau hampir 7 atau 8 pasar raya dan telah meninjau 30 item paling banyak dibelanja oleh pelanggan seperti minyak masak, gula, sosej, maggi, tepung dan lain-lain. Semua barangan itu tidak berubah.
“Item yang menyaksikan kenaikan harga ketara iaitu telur. Gred B dan C,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Perasmian pembukaan GCH Retail’s Distribution Centre (DC) di GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd, Fresh Distribution Centre.
Saifuddin berkata beliau akan memanggil pembekal telur untuk membincangkan kenaikan harga itu.
Beliau juga tidak memperincikan 30 item barangan popular dibeli pelanggan di pasaraya dan menurut pegawai KPDNHEP senarai itu akan dibekalkan kepada media kelak.
Berkuatkuasa 1 September, SST dilaksanakan dengan kadar 10% bagi cukai jualan dan 6% cukai perkhidmatan, menggantikan GST susulan Rang Undang-Undang (RUU) Cukai Jualan 2018 dan RUU Cukai Perkhidmatan 2018 diluluskan Parlimen pada 20 Ogos lepas.
Sebelum ini, GST mula dikuatkuasa pada 1 April 2015 dengan kadar sebanyak 6% setelah diperkenalkan oleh kerajaan terdahulu bagi menggantikan SST.
Mengulas lanjut, Saifuddin berkata harga 30 item popular itu mungkin akan berubah menjelang penghujung September nanti.
Beliau menjangkakan perkara itu disebabkan penjual memperoleh harga lama daripada pembekal iaitu ketika GST pada kadar 0% pada Jun, Julai dan Ogos.
“Trend harga ini akan diperhatikan sehingga hujung bulan ini, atau awal Oktober untuk trend harga stabil terhadap 30 item barang utama, yang paling banyak dibelanjakan masyarakat.
“Kami akan kesan setiap hari dan kita juga adakan gerak kempen dengan masyarakat supaya bantu kementerian. Mereka boleh buat aduan di talian 019-2794317.
“Jika mereka sebagai pengguna dapat kesan harga yang naik dengan harga tidak munasabah, mereka boleh ambil gambar dan WhatsApp kami dan kami akan layan aduan itu 24 jam,” katanya. - FMT


Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel Menteri: HARGA telur gred B, C NAIK selepas 18 hari SST

Sekianlah artikel Menteri: HARGA telur gred B, C NAIK selepas 18 hari SST kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Menteri: HARGA telur gred B, C NAIK selepas 18 hari SST dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2018/09/menteri-harga-telur-gred-b-c-naik.html

Subscribe to receive free email updates: