Mujahid sepatutnya jadi benteng pertahankan Islam

Mujahid sepatutnya jadi benteng pertahankan Islam - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mujahid sepatutnya jadi benteng pertahankan Islam, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mujahid sepatutnya jadi benteng pertahankan Islam
link : Mujahid sepatutnya jadi benteng pertahankan Islam

Baca juga


Mujahid sepatutnya jadi benteng pertahankan Islam


28 Zulhijjah 1439H, Ahad– Pemuda UMNO menegur Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa yang dilihat membuat pusingan U berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu dalam melaksanakan hukuman sebat ke atas dua pesalah lesbian baru-baru ini.
Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sebagai menteri agama, Mujahid seharusnya memainkan peranan beliau sebagai benteng mempertahankan Islam bukannya turut mendendangkan alunan yang sama dengan segelintir pihak yang meremehkan undang-undang syariah.
“Awalnya saya sedikit lega bila melihat ketegasan Yang Berhormat (YB) meminta semua menghormati keputusan hukuman sebat Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu.
“Namun nampaknya kelegaan saya ini tidak berpanjangan kerana tampak YB menegur pula keputusan hukuman sebat itu,” katanya dalam satu kenyataan.
Menceritakan pengalaman beliau selama tiga tahun sebagai Timbalan Menteri Agama, Asyraf Wajdi berkata, tiada campur tangan Menteri Pusat yang mengkritik atau menegur sebarang keputusan Mahkamah Syariah memandangkan undang-undang syariah terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri masing-masing.
Katanya, ini kerana kita menghormati doktrin pemisahan kuasa antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri mahupun antara tiga badan utama iaitu Eksekutif (Anggota Pentadbiran), Legislatif (Penggubal Undang-undang) dan Judiciary (Kehakiman).
“Hakim Mahkamah Tinggi Syariah yang bijaksana yang amat memahami tanggungjawabannya kepada Allah, sudah tentu telah mengambil kira semua fakta kes dan isu-isu berkaitan termasuklah hujah Maqasid Syariah yang YB sebutkan tatkala menjatuhkan hukuman.
“Oleh itu, moleklah YB merujuk terlebih dahulu kepada pihak berautoriti agama terutamanya Mufti Wilayah Persekutuan sebelum memberikan pandangan berkaitan perspektif hukum walaupun saya amat menghormati YB sebagai graduan lulusan Bahasa Arab daripada Mesir yang pasti luas pembacaan dan ilmunya,” katanya.
Sebelum ini dilaporkan, Mujahid meminta semua pihak tidak mempertikaikan pelaksanaan dan lain-lain bentuk hukuman yang dibuat mengikut peruntukan undang-undang dan enakmen syariah di negara ini.
Namun pada Jumaat lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) mengeluarkan kenyataan menyatakan hukuman sebat yang dilakukan wajar diberi pertimbangan oleh Mahkamah Syariah kerana ia institusi yang mewaikili perundangan Islam.
“Kami menasihati dalam menggunakan kuasa dan budi bicara kuasa mahkamah, mahkamah perlu berhikmah dalam mnegambil kira fakta kes dan faktor-faktor yang relevan dengan sesuatu kes sebelum membuat apa-apa keputusan agar tidak dilihat tergesa-gesa kerana kesannya amat besar kepada imej Islam,” kata kenyataan itu. - ismaweb 


Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel Mujahid sepatutnya jadi benteng pertahankan Islam

Sekianlah artikel Mujahid sepatutnya jadi benteng pertahankan Islam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mujahid sepatutnya jadi benteng pertahankan Islam dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2018/09/mujahid-sepatutnya-jadi-benteng.html

Subscribe to receive free email updates: