Judul : Penganalisa UPM: 0% GST pun harga tak turun, dijangka kesan kenaikan harga dari SST mula dirasa dalam sebulan
link : Penganalisa UPM: 0% GST pun harga tak turun, dijangka kesan kenaikan harga dari SST mula dirasa dalam sebulan
Penganalisa UPM: 0% GST pun harga tak turun, dijangka kesan kenaikan harga dari SST mula dirasa dalam sebulan
Rakyat dijangka akan terus berasa bimbang dengan kemungkinan harga barangan naik secara keseluruhannya lebih-lebih lagi apabila bermulanya perlaksanaan cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bermula hari ini.
Penganalisis ekonomi dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Mohd Yusof Saari berkata, dalam tempoh masa kira-kira tiga bulan, rakyat boleh melihat tiada sebarang perubahan ketara membabitkan harga barangan walaupun kerajaan menetapkan sifar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bermula 1 Jun lalu.
Menurutnya, dalam tempoh tiga bulan tanpa cukai GST dan tentunya SST tiada sebarang tanda-tanda positif penurunan harga barangan di pasaran.
“Saya jangkakan kesan kenaikan harga dari SST ini akan mula dirasai secara ketaranya dalam tempoh masa sebulan… tapi jika dilihat sekarang ni pun rakyat sudah mengeluh, inikan pula apabila SST dikenakan esok (hari ini).
Dalam tempoh masa sifar GST ini, tiada sebarang penurunan harga barangan makanan yang jelas, selain tiada usaha yang jelas dari kerajaan untuk mengurangkan kos hidup melalui penurunan harga barangan makanan di pasaran,” katanya.
Mohd Yusof berkata, secara umumnya, pengenaan GST mahupun SST tidak memberikan implikasi yang besar kepada pasaran.
Menurutnya, perlaksanaan cukai berkenaan berkemungkinan boleh dieksploitasi oleh golongan peniaga yang menggunakan alasan pengenaan SST memberi kesan kenaikan harga barangan secara tidak langsung.
“Bagaimanapun, pengenaan cukai bukanlah faktor tunggal penyebab kenaikan harga barangan namun terdapat beberapa faktor termasuklah nilai ringgit yang lemah.
“Banyak pengeluar dan industri yang bergantung kepada bahan mentah import. Bila nilai ringgit lemah, mereka terpaksa meningkatkan harga sesuatu barangan.
Menurutnya, kerajaan sewajarnya memikirkan cara bagi menangani masalah nilai ringgit lemah, selain melihat kembali rantaian bekalan mentah yang dimonopoli oleh syarikat besar bagi mengurangkan beban kos barang tinggi di pasaran.
Appear first on Harian Melayu
Demikianlah Artikel Penganalisa UPM: 0% GST pun harga tak turun, dijangka kesan kenaikan harga dari SST mula dirasa dalam sebulan
Sekianlah artikel Penganalisa UPM: 0% GST pun harga tak turun, dijangka kesan kenaikan harga dari SST mula dirasa dalam sebulan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Penganalisa UPM: 0% GST pun harga tak turun, dijangka kesan kenaikan harga dari SST mula dirasa dalam sebulan dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2018/09/penganalisa-upm-0-gst-pun-harga-tak.html