Judul : PH akan tumbang pada PRU15
link : PH akan tumbang pada PRU15
PH akan tumbang pada PRU15
BAGAN SERAI - Sekiranya analisis berdasarkan jumlah campuran undi diterima Pas dan Umno pada PRU14 dijadikan sandaran, PH sebenarnya hanya mampu memenangi tiga buah negeri sahaja iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Johor pada PRU14.
Lebih mengejutkan, Ketua Pemuda Pas Perak, Mohd Akmal Kamaruddin mendedahkan sekiranya analisis itu turut mengambil kira trend pengundian ditunjukkan di PRK Dun Seri Setia dan Sungai Kandis, Selangor baru-baru ini, PH dijangka mampu mempertahankan sebuah negeri sahaja pada PRU15.
Menurutnya, berdasarkan analisis dibuat pihaknya, jangkaan politik dibuat berkaitan trend pengundian di PRK Dun Seri Setia dan Sungai Kandis sebenarnya disebabkan jumlah penyusutan pengundi PH untuk keluar mengundi cukup banyak dalam dua PRK itu.
"Sekiranya trend pengundian ditunjukkan di dua PRK itu berterusan, ertinya mana-mana kerusi pilihan raya ditandingi PH yang hanya menang dengan majoriti undi sebanyak 3,000 hingga 4,000 pengundi pada PRU14, bakal kalah pada PRU15.
Namun kemenangan itu hanya boleh dicapai Pas atau Umno apabila berlaku kerjasama politik secara lebih serius di mana perlu berlaku perbincangan pembahagian kerusi ditandingi dua parti itu,"katanya kepada media di sini hari ini.
Mohd Akmal berkata, Pemuda Pas Perak turut membidas calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli yang menyifatkan kononnya gabungan kerjasama politik Umno dan Pas pada masa hadapan akan menguntungkan PH kerana rakyat kini menolak parti berasaskan perkauman.
Menurutnya, pihaknya berharap tiada lagi pihak akan terpedaya dengan dakyah Rafizi kerana pemimpin PKR itu menerusi kajian Invoke terbukti gagal membuat jangkaan tepat mengenai isu politik berkaitan Pas.
"Buktinya, Rafizi melalui kajian Invoke menjangkakan Pas akan kalah teruk di Terengganu, Kelantan dengan tiada satu kerusi pilihanraya pun dimenangi kami.
"Namun akhirnya jangkaan itu meleset kerana Pas bukan sahaja mempertahankan kerajaan Kelantan, malah turut mengambil alih kerajaan Terengganu pada PRU14.
"Lagipun banyak percaturan politik Rafizi yang gagal dijayakan antaranya 'Langkah Kajang' dan terbaharu dia sendiri atur strategi untuk angkat diri menjadi Timbalan Presiden PKR, saya harap dia tidak sekali lagi berputih mata,"katanya. - SH
Appear first on Harian Melayu
Demikianlah Artikel PH akan tumbang pada PRU15
Sekianlah artikel PH akan tumbang pada PRU15 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PH akan tumbang pada PRU15 dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2018/09/ph-akan-tumbang-pada-pru15.html