HARIAN MELAYU

Menu
  • Home
Home » Bola Sepak » Malaysia » Malaysia Today » News » Perniagaan » Update » Gagal selesai isu Grab, pecat Anthony Loke

Gagal selesai isu Grab, pecat Anthony Loke

Selasa, 23 Oktober 2018 Bola Sepak, Malaysia, Malaysia Today, News, Perniagaan, Update
Gagal selesai isu Grab, pecat Anthony Loke - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Gagal selesai isu Grab, pecat Anthony Loke, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Gagal selesai isu Grab, pecat Anthony Loke
link : Gagal selesai isu Grab, pecat Anthony Loke

Baca juga


Gagal selesai isu Grab, pecat Anthony Loke

22 Okt. - Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad diminta memecat Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), Mohd. Azharuddin Mat Sah dengan serta-merta.

Wakil pemandu teksi Malaysia, Datuk Shamsubahrin Ismail berkata, pemecatan itu wajar kerana kedua-dua mereka gagal mematuhi arahan Perdana Menteri untuk menyelesaikan isu perkhidmatan e-hailing Grab yang kini menjadi kontroversi dalam kalangan pemandu teksi.

Shamsubahrin berkata, Dr. Mahathir dalam sesi dialog bersama pemandu teksi di Langkawi semalam juga mengakui beliau telah mengarahkan Anthony Loke supaya mewujudkan peraturan pemandu Grab baharu seperti yang dicadangkan namun sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil.

Menurut Shamsubahrin, sekiranya pelaksanaan baharu itu gagal dilakukan dalam tempoh terdekat, beliau bercadang untuk mengadakan perhimpunan aman yang turut disertai kira-kira 3,000 pemandu teksi dari seluruh negara termasuk dari Johor, Pulau Pinang, Ipoh, Kuala Lumpur dan Selangor.

“Saya akan adakan perhimpunan aman pada Rabu ini, pukul sembilan pagi di Padang Merbok bermula di bangun APAD untuk menuntut Ketua Pegawai Eksekutifnya turun berjumpa dengan kami.

“Seterusnya, kami akan terus menuju ke Parlimen untuk menuntut Anthony Loke berjumpa dengan kami secara aman,” katanya dalam satu sidang akhbar berkaitan isu pemandu teksi biadab terhadap Dr. Mahathir yang meminta Perdana Menteri itu meletakkan jawatan.

Semalam, akhbar melaporkan Dr. Mahathir berkata, beliau bersedia untuk melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri pada sesi Pertemuan Bersama Pemandu-Pemandu Teksi Langkawi di Dewan Kencana, Langkawi Lagoon.

Dr. Mahathir meluahkan demikian setelah kekecohan kecil dilakukan sekumpulan pemandu teksi ketika majlis itu berlangsung, sebelum mereka bertindak keluar dari dewan berkenaan.

Tindakan itu dipercayai ekoran rasa kurang senang kumpulan berkenaan di atas penjelasan Dr. Mahathir bahawa Grab tidak akan dihapuskan.

Sebaliknya Dr. Mahathir berkata, pihaknya akan mencari mekanisme terbaik untuk memastikan persaingan sihat antara pemandu teksi dan Grab.

Jelas Dr. Mahathir, tindakan untuk mengharamkan Grab bukannya mudah dan menyarankan peraturan supaya Grab menggunakan kenderaan yang diluluskan kerajaan, membayar insurans serta membayar cukai sama seperti pemandu teksi lain untuk mewujudkan persaingan sihat.

Pertemuan tersebut dihadiri lebih 200 pemandu teksi Langkawi yang meluahkan perasaan agar perkhidmatan Grab itu diharamkan kerana didakwa menyebabkan punca perkhidmatan mereka tergugat. - UTUSAN ONLINE



Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel Gagal selesai isu Grab, pecat Anthony Loke

Sekianlah artikel Gagal selesai isu Grab, pecat Anthony Loke kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Gagal selesai isu Grab, pecat Anthony Loke dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2018/10/gagal-selesai-isu-grab-pecat-anthony.html
Tweet

Subscribe to receive free email updates:

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

Entri Populer

  • [TAIB PINTAR] SPRM: kita sudah buka 15 fail, tapi Taib Mahmud TAK DIDAKWA kerana…...
  • Amalkan Surah Al-Fil, Mukjizatnya Mampu Hapus Sel Kanser
  • `Guru Lelaki Dirogol Tanpa Sedar Oleh 4 Pelajar Wanita`
  • Cara Solat Jamak Taqdim dan Takhir Yang Betul Dan Lengkap Dari JAKIM
  • Negara Islam Tunisia raktifikasi ICERD, sekarang Kahwin Islam-Kafir DIBENARKAN
  • Trump dapat berbilion, Najib dapat peluang bergambar, Malaysia sifar
  • Kenapa Masjid Kristal Tiada Solat Jumaat
  • Persamaan Kelantan dan Turki
  • Seks Songsang Tidak Haram, Asalkan Dilakukan Dengan Penuh Kasih Sayang – Profesor Dr Siti Musdah Mulia
  • Video Pengantin Perempuan Dicabul Rakan Sendiri.

Arkib Blog

Label

  • Bola Sepak
  • Malaysia
  • Malaysia Today
  • News
  • Perniagaan
  • Update

News Today

    Copyright 2016 HARIAN MELAYU
    Powered by Blogger.com