Judul : [DEMI MELAYU ISLAM KITA BERSATU] Adun BN pertahan Adun PH pakai baju Melayu dalam sidang DUN
link : [DEMI MELAYU ISLAM KITA BERSATU] Adun BN pertahan Adun PH pakai baju Melayu dalam sidang DUN
[DEMI MELAYU ISLAM KITA BERSATU] Adun BN pertahan Adun PH pakai baju Melayu dalam sidang DUN
Mohd Imran Tamrin berkata baju Melayu adalah pakaian formal yang dipakai anggota kerajaan dan pemimpin Malaysia dalam majlis rasmi. (Gambar Bernama) |
SHAH ALAM: Adun Sungai Panjang dari Barisan Nasional (BN), Datuk Mohd Imran Tamrin hari ini mempersoalkan tindakan Speaker DUN Selangor, Ng Suee Lim yang menegur Adun Taman Templer dari Pakatan Harapan (PH), Mohd Sany Hamzan kerana memakai Melayu ketika sesi persidangan DUN, Rabu lalu.
Mohd Imran mempertahanan pemakaian baju kebangsaan oleh Sany, mengatakan baju Melayu lengkap bersongkok dan bersampin tidak melanggar peraturan DUN serta mencemarkan kemuliaan dewan.
“Ini adalah pakaian yang dikategorikan pakaian yang formal dan pada kelazimannya dipakai anggota kerajaan dan seluruh pemimpin Malaysia dalam majlis-majlis keramaian dan majlis rasmi.
“Teguran speaker kepada Taman Templer yang mengatakan etika pemakaian perlu dipatuhi sepanjang persidangan dewan dan mengatakan seolah-olah pemakaian baju Melayu ini merosakkan kesucian dewan, saya rasa keterlaluan,” katanya kepada pemberita di lobi DUN Selangor hari ini.
Mohd Imran berkata, Ng sepatutnya tidak membuat larangan pemakaian baju kebangsaan untuk masuk dalam persidangan DUN Selangor.
“Sebab ini pakaian yang dikategorikan formal melainkan kalau sesorang itu memakai pakaian yang tidak lengkap. Contohnya dia memakai baju sahaja tanpa samping mungkin itu tidak dibenarkan masuk.
“Saya tak rasa memakai baju Melayu hadir persidangan memberikan masalah untuk YB ini mengutarakan pendapat dan pandangan atau perbahasan yang baik kerana memakai baju kebangsaan,” katanya.
Beliau berkata, seseorang individu itu pada bila-bila mempunyai pilihan untuk memakai baju kebangsaan.
“Saya harap speaker dapat pertimbangkan semula apa yang dia dah cakap itu supaya perkara ini tidak jadi isu yang berpanjangan kerana baju Melayu ini adalah baju kebangsaan.
“Kalau tengok DUN lain mereka bebas memakai baju kebangsaan atau baju Melayu pada hari lain selain hari Jumaat termasuk Parlimen,” katanya. - FMT #CelahGelegar
Appear first on Harian Melayu
Demikianlah Artikel [DEMI MELAYU ISLAM KITA BERSATU] Adun BN pertahan Adun PH pakai baju Melayu dalam sidang DUN
Sekianlah artikel [DEMI MELAYU ISLAM KITA BERSATU] Adun BN pertahan Adun PH pakai baju Melayu dalam sidang DUN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [DEMI MELAYU ISLAM KITA BERSATU] Adun BN pertahan Adun PH pakai baju Melayu dalam sidang DUN dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2018/11/demi-melayu-islam-kita-bersatu-adun-bn.html