Judul : Najib: Kenapa nak lindungi "Menteri 30 peratus" Khalid Samad
link : Najib: Kenapa nak lindungi "Menteri 30 peratus" Khalid Samad
Najib: Kenapa nak lindungi "Menteri 30 peratus" Khalid Samad
Ada yang marah.
Biarlah. Saya tidak mahu rakyat dimangsakan.
Bagi saya ini tidak betul. Kenapa nak lindungi "Menteri 30 peratus" Khalid Samad dan rakan-rakan dia?
Kenapa matawang kripto lain diberi amaran dan maklumat mereka dipapar kepada umum oleh institusi-institusi kerajaan tetapi dalang Harapan Coin terus dilindungi?
Hari itu FundMyHome. Sekarang Harapan Coin. Kedua-dua pernah atau tidak Menteri Kewangan fikir nak lindungi rakyat?
Bagaimana pula dengan matawang kripto kuda atau Horse Currency? Apa komen Menteri Kewangan?
Kesemua ini bukan perkara yang kecil. Jika RM100 bilion Harapan Coin diperlukan untuk transaksi dengan kerajaan misalnya, maka 30 peratus kepada rakan-rakan ialah RM30 bilion.
Beberapa bulan lepas, satu kajian telah dibuat mengenai matawang kripto.
Ini berkenaan skim Tawaran Duit Syiling Awal (Initial Coin Offering atau ICO).
Didapati bahawa 80 peratus skim matawang kripto pada 2017 berunsur penipuan.
Malah baru-baru ini sebuah syarikat di Korea Selatan, Pure Bit, telah menghilangkan diri dengan berjuta-juta dolar Amerika.
Saya berharap Bank Negara dan Suruhanjaya Sekuriti membuat keputusan yang memihak kepada rakyat dan melindungi kami semua.
Jangan sampai ada yang muflis dan gadai harta.
Jangan sampai ada yang hancur musnah hidupnya.
Jangan sampai kami hilang segala-galanya.
Oleh:Najib Razak #CelahGelegar
Appear first on Harian Melayu
Demikianlah Artikel Najib: Kenapa nak lindungi "Menteri 30 peratus" Khalid Samad
Sekianlah artikel Najib: Kenapa nak lindungi "Menteri 30 peratus" Khalid Samad kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Najib: Kenapa nak lindungi "Menteri 30 peratus" Khalid Samad dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2018/11/najib-kenapa-nak-lindungi-menteri-30.html