10 sebab Himpunan Aman Tolak ICERD perlu diteruskan

10 sebab Himpunan Aman Tolak ICERD perlu diteruskan - Hallo sahabat HARIAN MELAYU, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 10 sebab Himpunan Aman Tolak ICERD perlu diteruskan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 10 sebab Himpunan Aman Tolak ICERD perlu diteruskan
link : 10 sebab Himpunan Aman Tolak ICERD perlu diteruskan

Baca juga


10 sebab Himpunan Aman Tolak ICERD perlu diteruskan


SEMUA sedia maklum bahawa kerajaan telah menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD). Perkara ini dianggap sebagai kejayaan oleh kumpulan pendukung Perlembagaan dan seharusnya diraikan bagi mewujudkan gelombang yang mencipta sejarah baharu tanah air.
Berikut disenaraikan sepuluh sebab mengapa himpunan aman ini perlu diadakan seperti dirancang:
Pertama: Kesatuan Umat Melayu Islam Merentas Parti
Perpaduan umat adalah satu perkara yang dinanti-nanti oleh semua pihak. Adalah mendukacitakan sekiranya umat ini terus bercakaran sesama sendiri lalu akhirnya membuka ruang kepada musuh menguasai negara.
Perseteruan PAS-UMNO perlu segera ditamatkan dan dua parti Melayu dan Islam ini mesti berunding dan bekerjasama demi masa depan generasi akan datang.
Usaha ini amat dibenci oleh musuh terutamanya parti rasis dan cauvinis kerana dengan perpecahan, umat Melayu menjadi lemah dan mudah bagi mereka berkuasa dan menjayakan agenda kotor yang bertentangan dengan Perlembagaan.
Himpunan ini juga menjadi peluang untuk memujuk mana-mana penyokong PAS mahupun UMNO di peringkat akar umbi agar tidak taksub membabi buta dalam membenci saudara seagama yang tidak bernaung bawah bendera sama.
Kedua: Islam dan Melayu Perlu Dipertahankan
Himpunan aman ini tidak diadakan atas sebab lain. Bukan kerana memancing undi untuk pilihan raya kerana tidak ada pilihan raya kecil akan diadakan dalam waktu terdekat. Juga bukan kerana wang ringgit kerana tiada hadiah yang dipertaruhkan bagi mereka yang hadir.
Semuanya adalah semata-mata melihat kedaulatan Islam dan Melayu terus dipertahankan daripada diganggu-gugat oleh pihak musuh yang didukungi parti rasis dan cauvinis DAP.
ICERD adalah pintu belakang yang boleh mengubah isi Perlembagaan antaranya Perkara 153 yang memberikan hak keistimewaan kepada orang Melayu dan peribumi.
Adalah tidak masuk akal apabila wakil DAP bersuara memperjuangkan ICERD yang terang-terangan membelakangkan Perlembagaan dan menjejaskan kedudukan Islam dan Melayu.
Namun, dengan merujuk kepada inti perjuangan DAP, ia bukanlah sesuatu yang pelik kerana mereka sejak dahulu lagi mahukan hak sama rata untuk semua kaum dan menghapuskan keistimewaan Melayu dan bumiputera.
Justeru, himpunan aman ini membawa mesej jelas bahawa Islam dan Melayu akan terus dipertahankan kerana ia adalah tonggak negara Malaysia.
Ketiga: Isyarat Kepada PH Jangan Sentuh Islam dan Melayu
Himpunan ini juga memberi isyarat kepada pihak kerajaan PH agar jangan sesekali menyentuh sensitiviti Islam dan Melayu. Orang Melayu sudah banyak bersabar dengan pelbagai karenah golongan liberal yang anti-Islam dan anti-Melayu.
Cukup-cukuplah menyentuh isu-isu panas seperti ICERD, Oktoberfest, hukuman sebat ke atas lesbian, LGBT dan lain-lain.
Usah diusik sarang tebuan, kelak merana, sesal tidak berguna.
Keempat: Hak Asasi Untuk Berhimpun
Akta Perhimpunan Aman 2012 memberi ruang kepada rakyat Malaysia untuk berhimpun bagi sesuatu tujuan dengan syarat mematuhi peraturan.
Terkini, pihak DBKL dan PDRM membenarkan himpunan ini diadakan. Maka adalah wajar bagi orang Melayu untuk meneruskan himpunan aman ini.
Kelima: Tolak ICERD, Tolak Pejuang ICERD Anti-Islam Anti-Melayu
Himpunan ini bukan semata-mata meraikan kejayaan menolak ICERD, ia juga meraikan kejayaan mematahkan serangan golongan pejuang ICERD yang anti-Melayu dan anti-Islam di negara ini.
Kewujudan pejuangan ICERD yang anti-Islam dan anti-Melayu ini perlu ditentang habis-habisan kerana agenda perjuangan mereka tidak akan selesai selagi Islam dan Melayu terus tertegak di negara ini.
DAP selaku pihak yang mencetuskan isu ini perlu diajar habis-habisan dan umat Islam wajib bersatu untuk menyekat dakyah parti rasis dan cauvinis ini.
Keenam: Tiada Diskriminasi, Waytha Berbohong
Antara mesej yang dibawa melalui himpunan ini ialah menunjukkan tidak wujud diskriminasi ke atas kaum lain di negara ini. Benar orang Melayu adalah majoriti, tetapi kaum minoriti masih boleh hidup aman dan menikmati kekayaan.
Sejak tahun kemerdekaan 1957 hingga hari ini, kata-kata Presiden MIC, Tun VT Sambanthan masih terpakai bagi membuktikan keamanan yang ada di tanah bertuah ini.
Katanya, “Di manakah anda boleh jumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan santun dan tertib selain Bangsa Melayu? Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah ada dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta.”
Sehubungan itu, kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorty dalam video wawancara bersama sebuah stesen televisyen Belanda satu ketika dahulu adalah bohong dan palsu.
Semua orang tidak faham mengapa Perdana Menteri masih mengekalkannya sebagai Menteri Perpaduan sedangkan dia lebih banyak memecahbelahkan rakyat dan harus dipecat.
Ketujuh: Kejutkan Melayu yang Masih Dibuai Mimpi
Himpunan yang dijangka dihadiri ratusan ribu manusia pada Sabtu nanti diharapkan dapat mengejutkan dan menyedarkan anak bangsa yang masih lena dibuai mimpi.
Semua perlu bangun dan sedar bahawa kedudukan Islam dan Melayu kini ibarat telur di hujung tanduk yang bila-bila masa boleh dihapuskan.
Ancaman yang ditakuti sebelum PRU14 kini bukan lagi cerita kosong bahkan ia sudah jelas berlaku di depan mata.
Kita tidak boleh membiarkan nasib anak cucu kita akan datang dirobek oleh golongan musuh sehingga kita menyesal di kemudian hari.
Bangkitlah dan pikullah amanah ini di atas pundakmu kerana jika kita tidak bertindak sekarang, tak dapat dibayangkan apa lagi bala yang akan menimpa sejak PH memerintah.
Kelapan: Amaran Keras Buat Pengkhianat Agama dan Bangsa
Mereka yang bersekongkol dengan parti rasis DAP perlu diberi amaran keras kerana dengan kelembutan merekalah, akhirnya DAP kian rakus memijak kepada orang Melayu.
Golongan pengkhianat tidak sedar mereka sedang mengkhianati amanah yang diberikan maka himpunan ini diharapkan dapat mengetuk pintu hati mereka agar sedar dan tidak menyerahkan tengkuk mereka demi agenda musuh.
Baru beberapa bulan memerintah, sudah terlalu banyak isu dibangkitkan dan semua ini tidak menjadi masalah sekiranya orang Melayu dalam PH bertegas dalam isu-isu melibatkan Islam dan Melayu.
Malangnya, merekalah pengkhianat yang menyerahkan pentadbiran negara kepada pihak musuh.
Kesembilan: Dominasi Bukan Islam Dalam Politik Negara Perlu Segera Ditamatkan
Ini adalah langkah ke hadapan yang diidam-idamkan oleh Melayu dan Islam keseluruhannya. Menjatuhkan kerajaan PH bukan kerana sentimen kepartian tetapi atas sentimen sensitiviti Islam dan Melayu yang tidak lagi dihormati oleh PH.
Himpunan ini bukanlah bererti satu langkah menggulingkan kuasa menerusi jalanan. Bukan. Ia adalah titik noktah penting dalam menjayakan usaha ini kerana selagi ada PH yang dianggotai parti rasis DAP dan parti pengkhianat, selagi itulah umat Islam tidak boleh berdiam diri.
Kesepuluh: Himpunan 812 Suara Umat Majoriti
Inilah satu suara mewakili majoriti umat Islam dan Melayu yang perlu didengari oleh kerajaan PH. Suara majoriti wajib diambil peduli dan tuntutannya perlu segera dilaksanakan.
Majoriti mahu PAS-UMNO bersatu demi Islam dan Melayu. Tak perlu bubar PAS, bubar UMNO untuk bersatu, cukuplah sekadar bersatu hati untuk agenda yang satu iaitu Islam dan Melayu biarpun berbeza logo dan warna bendera.
Majoriti mahu DAP hormat Islam dan Melayu, bukan saja di mulut, bahkan melalui perbuatan dan tingkah laku. Jika tidak, nantikan saja kejutan demi kejutan orang Melayu yang akan menolak DAP di peti undi.
Mohd Firdaus Salleh Hudin
Aktivis ISMA


Appear first on Harian Melayu


Demikianlah Artikel 10 sebab Himpunan Aman Tolak ICERD perlu diteruskan

Sekianlah artikel 10 sebab Himpunan Aman Tolak ICERD perlu diteruskan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 10 sebab Himpunan Aman Tolak ICERD perlu diteruskan dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2018/12/10-sebab-himpunan-aman-tolak-icerd.html

Subscribe to receive free email updates: