Judul : [Cadangan LIBERAL] BUANG BANGSA & AGAMA demi perpaduan Malaysia?
link : [Cadangan LIBERAL] BUANG BANGSA & AGAMA demi perpaduan Malaysia?
[Cadangan LIBERAL] BUANG BANGSA & AGAMA demi perpaduan Malaysia?
KUALA LUMPUR 2 Dis. - Seorang pengkritik sosiopolitik mencadangkan supaya identiti bangsa dan agama dalam kad pengenalan rakyat Malaysia dibuang demi mencapai perpaduan dalam negara.
Aktivis tersebut, Mariam Mokhtar turut menyenaraikan lima perkara lain yang perlu dilakukan untuk mencapai integrasi nasional.
“Jika anda mahu integrasi nasional, ini yang pelu dilakukan : buang ‘bangsa’ dan ‘agama’ dalam kad pengenalan; haramkan perkauman dan dasar afirmatif; kurangkan jurang kekayaan antara yang berada dan tidak berada.
“Juga, jangan politikkan bahasa; beri layanan sama rata antara Malaysia Barat dengan Malaysia Timur serta berikan kebebasan media dan kebebasan memberi pendapat,” katanya seperti dipetik portal Free Malaysia Today di sini hari ini.
Beliau yang juga kolumnis di portal tersebut berkata demikian ketika menyampaikan syarahan bertajuk Integrasi dengan Integriti: Tanpa Takut dan Berpihak di Holiday Villa, dekat sini malam tadi. - UTUSAN ONLINE
Appear first on Harian Melayu
Demikianlah Artikel [Cadangan LIBERAL] BUANG BANGSA & AGAMA demi perpaduan Malaysia?
Sekianlah artikel [Cadangan LIBERAL] BUANG BANGSA & AGAMA demi perpaduan Malaysia? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [Cadangan LIBERAL] BUANG BANGSA & AGAMA demi perpaduan Malaysia? dengan alamat link https://harianmelayu.blogspot.com/2018/12/cadangan-liberal-buang-bangsa-agama.html